• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1,894 Produk Makanan Kena Sita Di Perak

oleh Ahmad Albab
10/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak menyita 1,894 produk makanan yang bernilai RM48,615.63 setelah gagal mematuhi Peraturan-peraturan Makanan 1985 sepanjang pemantauan yang dijalankan tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu Perak, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, jabatan itu sentiasa menjalankan aktiviti pemantauan untuk mengesan produk makanan yang didapati luput, rosak, dicampur aduk, tercemar serta penggunaan minyak kitar semula di pasaran.

“JKN Perak juga memberi jaminan kepada umum bahawa makanan yang diimport ke negara ini sentiasa dipantau dan dipastikan keselamatannya selaras dengan Akta Makanan 1983 dan peraturan tersebut,” katanya ketika menjawab soalan Ong Boon Piow (DAP-Tebing Tinggi) pada Persidangan Dun Perak di sini, hari ini.

Beliau berkata, semua pintu masuk yang mempunyai pegawai yang berkuasa daripada Pejabat Kesihatan bertanggungjawab untuk meneliti dan memeriksa konsainan makanan yang diimport.

“Aktiviti pemeriksaan itu dibantu dengan Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia (FoSIM) yang mempunyai jaringan dengan Makmal Keselamatan dan Kualiti Makanan, serta disepadukan dengan Sistem Maklumat Kastam.

Dr Mah berkata, sepanjang tahun lepas, JKN Perak memeriksa 4,785 konsainan yang diimport kebanyakannya dari Thailand iaitu buah-buahan, sayur-sayuran, ikanserta makanan ringan.

Katanya, mana-mana pengimport yang disenarai hitam, tindakan ‘tahan, uji dan lepas’ akan diambil terhadap konsainan yang seterusnya bagi produk sama yang dibawa masuk.

“Jenis kesalahan pelanggaran kebiasaannya adalah produk makanan mengandungi bahan aditif yang melebihi tahap yang dibenarkan mengikut Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985,” katanya.

Selain itu beliau berkata, JKN Perak telah menganalisis 2,267 sampel makanan yang diambil dari premis dan mendapati 41 sampel gagal patuhi Peraturan-Peraturan Makanan dengan 18 tindakan pendakwaan diambil terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab. – BERNAMA

Tags: makananPerak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Parti Amanah Kesal Pembangkang Tunggang Isu Harga Minyak Untuk Keuntungan Politik

Parti Amanah Kesal Pembangkang Tunggang Isu Harga Minyak Untuk Keuntungan Politik

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Perak mengecam sikap pembangkang menunggang isu harga minyak demi keuntungan politik. Timbalan...

Bonus Raya RM1,500 Untuk Penjawat Awam Perak

Bonus Raya RM1,500 Untuk Penjawat Awam Perak

23/02/2026
0

IPOH - Kerajaan Perak mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri berjumlah RM1,500 kepada semua kakitangan awam di negeri itu....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd