• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

15 Laluan Ditutup Kepada Lalu Lintas Di Kelantan

oleh Ahmad Albab
23/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Sebanyak 15 laluan di lapan jajahan di negeri ini ditutup akibat banjir yang semakin buruk pagi ini. Menurut portal banjir kerajaan negeri, lapan laluan ditutup kepada semua lalu lintas manakala tujuh lagi ditutup kepada kenderaan ringan.

Laluan yang ditutup kepada semua kenderaan ialah KM37 Jalan Gua Musang-Jelawang-Dabong di Gua Musang, dua laluan di Kuala Krai iaitu Jalan Sultan Yahya Petra (Bandar Kuala Krai) dan dan Jalan Jirat (Bandar Kuala Krai).

Di Tumpat, dua laluan yang ditutup kepada semua kenderaan ialah KM8 Jalan Cabang 4 Kampung Jambu-Meranti dan KM2 Jalan Keselamatan (Kesban) Pengkalan Kubor-Kampung Jambu.

Di Pasir Mas, dua laluan ditutup kepada semua kenderaan iaitu di KM12 Jalan Rantau Panjang-Panglima Bayu dan KM11 Jalan Pohon Tanjung-Rantau Panjang (Jalan Lama) Kampung Siram, selain satu laluan di Machang iaitu di KM8 Jalan Machang-Pangkal Meleret-Wakaf Bata.

Sementara tiga laluan di Pasir Mas ditutup kepada kenderaan ringan melibatkan KM3 Jalan Pengkalan Rakit, KM23 Jalan Banggol Kulim Lokasi 2 dan KM24-KM26 Jalan Lebuhraya Pasir Mas-Rantau Panjang.

Di Tanah Merah, satu laluan ditutup kepada kenderaan ringan iaitu di KM1.5 Jalan Tanah Merah-Kusial-Kampung Ipoh manakala di Machang laluan yang terlibat ialah di KM6 Jalan Kubor China-Temangan.

Di Jeli, laluan di KM37 Jalan Jeli-Dabong dan KM10 Jalan Kota Baharu-Pantai Cahaya Bulan turut ditutup kepada kenderaan ringan.

Menurut portal berkenaan, jumlah mangsa banjir kembali meningkat kepada 20,468 pagi ini berbanding 16,081 orang malam tadi. – BERNAMA

Tags: Banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd