Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Lelaki Menyamar PASKAL Ditahan,...

TEMBERANG seorang lelaki yang menyamar sebagai anggota 'komando' berakhir apabila dia ditahan unit...

KJ Beri Pesanan Untuk...

PETALING JAYA – Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memberi pesanan kepada...

Kerajaan Akan Teliti Cadangan...

IPOH - Kerajaan akan meneliti cadangan untuk meningkatkan had umur bersara mandatori daripada...

Kampung Siam, Kampung Warisan...

GEORGETOWN - Kerajaan Pulau Pinang digesa mewartakan kawasan Kampung Siam di Pulau Tikus...

Bekas Rakan Kongsi Saman Zizan, Tuntut Lebih Setengah Juta RM

Kisah saman menyaman yang berlaku dalam dunia seni bukanlah perkara asing.

Terbaharu, kes saman paling hangat dan kontroversi melibatkan pelawak terkenal Zizan Razak dengan rakan kongsi merangkap bekas pengurusnya, Marina Juki.

Marina memfailkan saman terhadap Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Bin Ab Razak gara-gara tindakannya yang didakwa melanggar kontrak yang telah ditandatangani bersama syarikat Wire Fame Entertainment  Sdn Bhd (Wire Fame).

Zizan Razak dan Marina Juki pernah rapat sebagai rakan kongsi dan pengurus dengan artis sebelum berlaku kemelut sekarang.
Zizan Razak dan Marina Juki pernah rapat sebagai rakan kongsi dan pengurus dengan artis sebelum berlaku kemelut sekarang.

Menurut petikan Murai.com.my, Wire Fame dalam satu kenyataan yang dikeluarkan berkata, kontrak selama 4 tahun sepatutnya berakhir pada 2 Mei 2015, namun begitu pihak Zizan telah mengikat kontrak bersama syarikat pengurusan lain pada Mei tahun ini.

Bagaimanapun 23 Julai lalu, pihak Wire Fame, Marina dan Zizan dikatakan telah bertemu bagi membincangkan mengenai hal pelanggaran kontrak tersebut.


Susulan perbincangan itulah, pihak Wire Fame dan Marina memfailkan saman bagi menuntut ganti rugi pelanggaran kontrak, kos dan lain-lain relif yang dianggap munasabah oleh pihak mahkamah.

Hal ini sekaligus, menyebabkan tuntutan saman Marina berjumlah lebih RM 500,000 termasuk  ganti rugi am sebanyak 15 peratus ke atas semua pendapatan yang diperoleh Zizan daripada syarikat lain serta faedah lain sebanyak 5 peratus setahun dari tarikh pemfailan saman dikeluarkan.

Marina turut memohon injuksi menghalang Zizan daripada meneruskan kontrak dengan syarikat lain kerana didakwa masih mempunyai kontrak dengan Wire Fame.  MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori