• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Nigeria Dijatuhi Hukuman Gantung Kerana Edar Dadah

oleh Ahmad Albab
25/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Seorang lelaki warga Nigeria dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Melaka di sini hari ini selepas didapati bersalah mengedar methamphetamine seberat 251.66 gram di Hospital Melaka dua tahun lalu.

Hakim Datuk Zulkifli Bakar memutuskan Abuchi Ngwoke, 35, bersalah, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya mengemukakan kes melampaui keraguan munasabah.

Mengikut pertuduhan pindaan, tertuduh didakwa mengedar dadah berbahaya jenis methampethamine berat bersih 251.66 gram di Hospital Besar Melaka ntara jam 5 pagi 23 Mei hingga kira-kira jam 2.50 petang 25 Mei 2012.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a), Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2), akta sama yang membawa hukuman mati mandatori.

Sebanyak 14 saksi pendakwaan dan satu saksi pembelaan iaitu tertuduh dipanggil sepanjang kes perbicaraan yang bermula 28 April lalu.

Zulkifli dalam menyampaikan keputusannya berkata beliau mendapati tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah dan keterangan pembelaan adalah sesuatu yang ditimbulkan dan direka sendiri oleh Ngwoke.

“Cerita pembelaan beliau mengenai batu permata yg dibalut dan ditelannya semasa di Nigeria sebelum tertuduh berangkat ke negara ini, adalah cerita tidak masuk akal,” katanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurfarhana Ahmad dan Fairuz Syuhada Amran manakala tertuduh diwakili peguam bela Tiu Leong Kim. – BERNAMA

Tags: hukum gantungkes dadah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

3 Ditahan, Syabu RM1.32 Juta Dirampas Dalam Serbuan Di Ranau Dan Telupid

3 Ditahan, Syabu RM1.32 Juta Dirampas Dalam Serbuan Di Ranau Dan Telupid

02/09/2025
0

KOTA KINABALU: Polis menahan tiga lelaki dalam dua serbuan berasingan di Ranau dan Telupid, dekat sini pada 28 Ogos lalu,...

Polis Masih Siasat Kes Anak Bekas PM Ditahan Kes Dadah

Polis Masih Siasat Kes Anak Bekas PM Ditahan Kes Dadah

31/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis masih menyiasat kes membabitkan anak bekas seorang Perdana Menteri selepas sejumlah dadah ditemui dalam keretanya di Lebuh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd