• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Emas Tidak Sangka Terselamat Daripada Banjir Lumpur

oleh Ahmad Albab
06/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

CAMERON HIGHLANDS – Arus deras sehingga memecahkan pintu rumah menyebabkan seorang warga emas tidak menyangka akan terselamat daripada banjir lumpur di Cameron Highlands semalam.

Demikian luahan seorang mangsa Leong Tee Chang, 65, dari Kampung Baru, Ringlet di sini.

Menceritakan detik cemas itu, Leong berkata apa yang terlintas di fikirannya ketika itu hanyalah untuk menyelamatkan isteri dan cucu perempuannya.

“Mereka tidak tahu berenang. Saya terpaksa menyelam beberapa minit dan menjunjung isteri untuk menyelamatkannya,” katanya ketika ditemui Bernama, di sini, hari ini.

Katanya kesemua barangan di dalam rumah tidak sempat diselamatkan kecuali dompet yang berada dalam kocek seluar beliau.
K. Khumaresan, 40, dari Kampung Baru, Ringlet turut berkongsi detik cemas apabila terpaksa berpaut pada alang rumahnya selama 30 minit bagi menyelamatkan diri daripada dihanyutkan air.

“Saya dengar ada bunyi runtuhan, sebelum saya sempat bertindak, tiba-tiba dinding rumah saya runtuh, namun saya bersyukur kerana semua anggota keluarga berjaya menyelamatkan diri,” katanya menambah hanya anak lelakinya cedera ringan kerana ditimpa almari.

Beliau berkata akibat banjir itu, keluarganya mengalami kerugian dianggarkan melebihi RM20,000.

Seorang lagi mangsa, Jamil Abdullah, 45, yang merupakan penjawat awam berkata kejadian itu adalah kali kedua menimpanya kerana beliau turut terlibat dalam kejadian banjir lumpur di Lembah Bertam, tahun lepas.

Ekoran kejadian itu, beliau diberikan rumah baharu di Kampung Baru, Ringlet namun, kediaman baharunya itu pula menerima nasib yang sama.

“Lumpur memenuhi ruang rumah sehingga paras lutut. Semua peralatan elektrik saya rosak,” katanya yang tinggal di kampung yang sama.

Dalam kejadian banjir lumpur dan tanah runtuh di kawasan Lembah Bertam dan Ringlet, di sini pada kira-kira 6.30 petang semalam, tiga termasuk seorang remaja lelaki berusia 13 tahun maut manakala lima cedera.

Pada tahun lepas, Tasik Ringlet di Lembah Bertam di sini melimpahkan air sehingga menyebabkan banjir lumpur dan mengorbankan empat nyawa serta merosakkan lebih daripada 100 buah rumah. – BERNAMA

Tags: Banjirwarga emas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengarah Strategik DAP, Liew Chin Tong meminta kerajaan Johor memberi penjelasan mengenai masalah banjir yang masih berlaku...

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd