Thursday, June 20, 2024

Creating liberating content

PM Anwar Terima Kunjungan...

KUALA LUMPUR : Malaysia dan Brunei Darussalam akan menilai kemajuan kerjasama sedia ada...

Bekas Suami Ke Mahkamah...

PETALING JAYA - Pelakon Izreen Azminda menjelaskan bekas suaminya, Muhammad Riza Baharuddin yang...

Gawai Nyaruok Tanda Berakhirnya...

KUCHING - Pastinya ramai yang tahu mengenai perayaan Gawai Dayak, tetapi tahukah bahawa...

Pegawai Polis Wanita Lepas...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen hari ini melepas dan membebaskan seorang pegawai polis...

Isteri PM India Rimas Dijaga, Diekori Pengawal 24 Jam

New Delhi – Isteri Perdana Menteri India Narendra Modi yang tidak tinggal serumah dengan pemimpin itu, mempertikaikan keputusan kerajaan menyediakan pasukan pengawal peribadi sepanjang 24 jam sehari walaupun ketika dia menaiki beca.

Jashodaben Modi, 62, yang menetap di Gujarat, negeri di barat India berkata, dia memfailkan petisyen untuk mengetahui mengapa keselamatannya dikawal sejak Modi dipilih menjadi perdana menteri pada Mei lalu.

“Saya dikelilingi lima pengawal keselamatan sepanjang masa. Saya atau keluarga terpaksa memasak dan menyediakan tempat tidur mereka. Ini amat menjengkelkan.

“Keadaan semakin huru-hara apabila saya terpaksa mengguna kenderaan awam dan mereka mengekori dengan menaiki kereta berhawa dingin,” kata Jashodaben.


Jashodaben, pesara guru, tinggal dengan abangnya sejak Modi mengambil keputusan untuk berpisah dengannya kira-kira 45 tahun lalu, ketika mereka masih remaja.

Jashodaben tidak pernah menimbang untuk meminta cerai.

Dia mula mendapat perhatian apabila Modi yang tidak pernah bercakap mengenai rumah tangganya mendedahkan status perkahwinannya ketika mengemukakan dokumen untuk bertanding pada pilihan raya awal tahun ini. – AFP

  • Lagi berita berkaitan:
  • India

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori