Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Kenali Miss Malaysia World...

BUKAN mudah untuk terpilih mewakili negara ke pertandingan Miss World dan lebih payah...

MAS Tidak Dapat Elak...

KUALA LUMPUR - Malaysia Airlines (MAS) berdepan situasi sukar dan rancangannya untuk mengurangkan...

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding...

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal...

Guru Dibuang Kerja Lepas...

SEORANG guru wanita dari Republik Czech dibuang kerja selepas pelajarnya menjumpai video ujibakat pencarian...

Wabak Ebola Menular Pantas Di Sierra Leone

WASHINGTON – Wabak demam Ebola merebak sembilan kali ganda lebih pantas di beberapa bahagian di Sierra Leone berbanding dua bulan lalu, menurut laporan Inisiatif Tadbir Urus Afrika (AGI) kelmarin.

Walaupun kes baharu semakin menurun di Liberia, namun wabak Ebola terus merebak dengan begitu cepat di beberapa bahagian di Sierra Leone, menurut laporan AGI itu.

Secara purata, sejumlah 12 kes baharu direkodkan dalam sehari di kawasan pedalaman sekitar ibu kota Sierra Leone, Freetown akhir bulan lalu berbanding 1.3 kes sehari awal September lepas, sekali gus peningkatan sebanyak sembilan kali ganda.

Jangkitan virus itu turut merebak dengan cepat di Freetown de­ngan purata enam kes Ebola dicatat dalam sehari, meningkat enam kali ganda berbanding dua bulan lepas.

Analisis tersebut dibuat berdasarkan purata jangkitan untuk setiap tempoh tiga hari yang direkodkan oleh Kementerian Kesihatan Sierra Leone.

Laporan itu didedahkan selepas wakil Amerika Syarikat ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyambut baik pengurangan jangkitan di bebe­rapa kawasan yang terjejas wabak Ebola.


AGI yang merupakan sebuah pertubuhan sokongan yang diasaskan oleh bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair memberitahu, walaupun berlaku perubahan tetapi krisis Ebola masih belum reda.

“Kerajaan Sierra Leone ber­us­aha keras untuk menangani jangkitan Ebola dengan mempercepatkan akses rawatan dan melakukan pengebumian secara tertib serta selamat,” kata Ketua AGI, Nick T­hompson.

Dalam pada itu, menurut Pertubu­han Kesihatan Sedunia, kira-kira 5,000 orang telah mati akibat wabak tersebut dengan lebih 13,000 jangkitan direkodkan tetapi angka jangkitan dan kematian dipercayai jauh lebih tinggi. – Agensi

 

  • Lagi berita berkaitan:
  • Ebola

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori