• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Vivekananda Ashram Ke Mahkamah Jika P’bincangan Gagal

oleh Ahmad Albab
05/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak menolak kemungkinan membawa isu bangunan Vivekananda Ashram di Brickfields di sini ke mahkamah sekiranya usaha dan perbincangan untuk mewartakannya sebagai tapak warisan negara tidak berhasil.

Menyatakan demikian, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, Jabatan Warisan Negara sekali lagi telah mengemukakan tawaran kepada Lembaga Vivekananda Ashram untuk pewartaan itu.

Tawaran kali pertama pada 13 November 2008 ditolak.

“Kami sedang menunggu maklum balas daripada pihak lembaga… memandangkan ia (bangunan itu) telah wujud sejak lebih daripada 100 tahun.

“Kami juga akan bertemu dengan Menteri Wilayah Persekutuan (Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor) untuk berbincang bagaimana memastikan tapak itu dikekalkan.

“Tidak membenarkan mana-mana pemaju untuk melakukan sebarang perobohan ke atas bangunan bersejarah itu,” katanya.

Nazri bercakap kepada pemberita selepas melawat tapak bangunan yang berusia 110 tahun itu hari ini.

Menurut laporan media, Lembaga Pemegang Amanah Vivekananda Ashram merancang membangunkan semula tanah bangunan itu dengan membina menara apartmen 23 tingkat.

Ini telah mencetuskan kontroversi, termasuk bantahan daripada masyarakat India di sekitar kawasan itu.

Lembaga itu mempertahankan tindakannya dengan alasan untuk membantu menyediakan dana bagi sekolah dan badan amal di bawah jagaannya.

Bagi kaum India, Swami Vivekananda Ashram adalah bukti kehadiran kaum India di negara ini sejak sekian lama.

Sekolah pertama yang dibina oleh Ashram pada 1914 menunjukkan kaum India telah lama menetap di negara ini – sejak sebelum Merdeka lagi. – BERNAMA

Tags: kes mahkamahNazri Aziz
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JIPS Siasat Tindakan Juruiring Tahan Kenderaan Berat Secara Tiba-tiba

Penggangur Didakwa Tipu RM8,000 Konon Boleh Bantu Selesai Kes Mahkamah

26/02/2024
0

Butterworth: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan memperdaya seorang lelaki menyerahkan RM8,000 bagi...

Pelantikan Nazri Dibuat Hampir Setahun Lalu, Kata PM

Pelantikan Nazri Dibuat Hampir Setahun Lalu, Kata PM

11/02/2023
0

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan pelantikan bekas Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz sebagai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd