• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

VIDEO: Anwar Bicara Di Dalam, Penyokong Kat Luar Sibuk Gaduh

oleh AK-47
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

Demo, gaduh dan Pakatan Rakyat berpisah tiada – itulah boleh dikatakan terhadap insiden terbaru tengah hari tadi, apabila penyokong Anwar Ibrahim bergaduh sesama sendiri.

Mynewshub yang berada di tempat kejadian, menyaksikan insiden mula dicetus oleh sekumpulan penyokong India yang cuba merempuh pagar penghadang di Istana Kehakiman.

Tindakan ini segera dihalang oleh pihak berkuasa dan dirakam lensa banyak media. Apabila dihalang, kumpulan ini bersorak dalam bahasa Tamil, menyuruh supaya pagar dibuka.

Dalam kekecohan, tiba-tiba muncul kumpulan Melayu penyokong Anwar diketuai seorang lelaki, menjerit dalam loghat Penang supaya mereka menghentikan perbuatan tersebut.

“Rempuh-rempuh pagar semua, kami mai cara aman jangan dok buat sial kat sini. Blah dari pagar boleh dak? Kami mai cara aman jangan buat gila la..” jerkah lelaki tersebut.

Tergamam apabila ditempelak geng sendiri, kumpulan India yang cuba merempuh pagar mengalih perhatian daripada melakukan provokasi terhadap anggota keselamatan kepada menjerit, mencabar lelaki Penang tersebut agar datang semula ke situ.

http://www.youtube.com/watch?v=n3rZhed41ZQ

Sebenarnya Mynewshub yang berada di Istana Kehakiman sejak hari pertama prosiding rayuan Liwat II ini berlangsung, perasan lelaki Penang tersebut antara muka familiar di situ.

Justeru pasti dia terganggu apabila tiba-tiba ada penyokong Anwar yang baru hari ini nampak muka, tapi sudah mahu buat kacau tanpa sebab kukuh.

Manusia yang bertamadun tentu tahu, mahkamah antara institusi terhormat dan tidak boleh dibuat sesuka hati apatah lagi mahu merempuh masuk beramai-ramai begitu.

Paling malang, manusia yang jadi punca pergaduhan sesama kumpulan penyokong ini iaitu Anwar Ibrahim, masih mampu berjoget riang sambil menyanyikan lagu Reformasi, petang tadi.

Mungkin Anwar tak tahu dirinya punya fasal – ada orang nak terkoyak anak tekak berteriak, dua bangsa nyaris bergaduh dan institusi kehakiman telah dicemari penyokongnya yang dijemput entah dari mana untuk datang memenuhi Istana Kehakiman hari ini. – REM RAMZI/MYNEWSHUB.CC

VIDEO: RIZA RAZAK

Tags: Anwar Ibrahimkes liwat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kesatuan Pekerja Bank Dakwa Telah Hantar 43 Surat Kepada PMX, Tetapi…

Kesatuan Pekerja Bank Dakwa Telah Hantar 43 Surat Kepada PMX, Tetapi…

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) mendakwa sebanyak 43 surat telah dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

02/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Sekadar menasihatkan pemandu supaya lebih berhati-hati di jalan raya tidak mencukupi untuk menangani isu kemalangan dan kehilangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd