Kepada kaki-kaki drifter yang masih ‘tak puas hati’ dengan kehebatan Ken Block, kini beliau kembali melakukan aksi drift luar biasa di jalan kota San Francisco dalam siri gymkhana yang ke tujuh ini.
Sedikit info menganai Ken Block, pemuda kelahiran Long Beach, California ini merupakan seorang yang berpengalaman dalam pelbagai arena sukan ekstrim seperti skateboarding, snowboarding, motorcross dan seorang drifter.
Kereta Mustang yang menjadi pilihan Ken Block untuk Gymkhana 7 ini telah dimodifikasi oleh  Hoonigan Racing, iaitu syarikat permotorannya sendiri dan telah membuat kemunculan sulungnya di SEMA Show Las Vegas, Nevada baru-baru ini.
Yang menarik tentang kereta ini ialah ianya merupakan satu-satunya kereta mustang yang menggunakan sistem all-wheel drive dan mampu menghasilkan 845 kuasa kuda.
Ia digelar sebagai Mustang Hoonicorn seperti yang dibayangkan sendiri oleh Ken Block.
Ford Mustang keluaran 1965 yang mengaplikasikan wide body ini menggunakan enjin Roush Yates 6.7 Liter V8 dan jentera tersebut menggunakan manual 6 speed.
Berbalik kepada video tersebut, seperti biasa konsep Gymkhana digunakan oleh beliau yang pasti membuatkan anda teruja, jom saksikan!
Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC




