• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Terima 755 Usul Untuk Perhimpunan Agung November Ini

oleh AK-47
11/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Ibu Pejabat UMNO telah menerima sebanyak 755 usul daripada 191 Bahagian UMNO seluruh negara menjelang Perhimpunan Agung parti itu yang dijadual berlangsung bermula 25 hingga 29 November ini.

Pengerusi Jawatankuasa Usul Majlis Kerja Tertinggi UMNO; Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, daripada 755 usul itu, sebanyak 638 usul untuk rujukan dan 117 usul tanpa bahas di mana tiada satu usul yang ditolak pada kali ini, menurut laporan UMNO Online.

“Sebanyak 638 usul untuk rujukan tersebut melibatkan 81 usul pindaan perlembagaan, 87 usul politik, 67 usul ekonomi, 74 usul agama, 170 usul sosial, 121 usul pendidikan dan 38 usul yang lain-lain.

BACA – UMNO Perak Tumpu Isu Akta Hasutan Pada Perhimpunan Agung

“Saya menjangkakan topik yang akan mendominasikan perhimpunan kali ini adalah dari usul yang melibatkan pendidikan berhubung sekolah satu aliran dan sekolah vernakular.

“Selain itu usul berhubung media sosial, kos sara hidup,dan sudah tentu termasuklah usul berhubung akta hasutan,” katanya dalam satu sidang media di Menara Dato Onn di ibu negara, hari ini.

Tambah beliau yang juga Naib Presiden UMNO, jawatankuasa usul kali ini juga memperkenalkan beberapa pendekatan baru antaranya menubuhkan pasukan ‘task force’ yang berperanan menyemak semua usul yang dikemukakan oleh bahagian UMNO di seluruh negara.

“Pasukan khas ini yang diketuai oleh Datuk Rosnah Abd Rashid Shirleen ini berperanan untuk memantau, membuat susulan dan melaporakan semula perkembangan serta kemjuan yang dicapai kepada bahagian-bahagian UMNO yang mengemukakan usul tersebut.

“Di samping itu, pasukan ini juga bertanggungjawab untuk memberikan laporan kepada Majlis Kerja Tertinggi UMNO berhubung usul-usul tersebut untuk tindakan selanjutnya,” jelas beliau.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua pengerusi badan perhubungan UMNO negeri yang telah memberikan kerjasama yang baik serta menyediakan senarai jurucakap lebih awal sebagai persediaan untuk perhimpunan agung kali ini.

“Perkara ini penting untuk kita memastikan persiapan rapi dapat dibuat di peringkat negeri masing-masing berhubung pemilihan jurucakap. Ini merupakan tindakan proaktif di mana jurucakap yang terpilih akan diberikan kesempatan untuk terlibat di peringkat awal penggubalan usul.

“Ini tidak bermaksud kita mahu mengongkong kebebasan jurucakap ketika menyampaikan hujah, tetapi kita mahu setiap pembahas yang akan menyampaikan usul-usul daripada peringkat akar umbi itu membahaskan usul-usul tersebut dengan baik dan bukan sekadar tangkap muat sahaja,” ujarnya.

Hishammuddin juga dijadualkan untuk merasmikan satu Persidangan Meja Bulat yang akan melibatkan pihak NGO, golongan profesional, generasi muda dan lain-lain. Persidangan Meja Bulat ini dijadikan sebagai satu platfom untuk mengupas dan membincangkan secara terperinci berhubung usul-usul yang diterima daripada 191 bahagian itu. – UMNO Online

Tags: politikUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Terima 1,908 Ahli Baharu Hanya Dalam Tempoh 8 Jam Pendaftaran ‘Online’ Dibuka

UMNO Terima 1,908 Ahli Baharu Hanya Dalam Tempoh 8 Jam Pendaftaran ‘Online’ Dibuka

20/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan seramai 1,908 ahli baharu UMNO telah diluluskan dalam...

Golongan Muda Diseru Sertai UMNO, Pendaftaran Keahlian Kini Secara ‘Online’

Golongan Muda Diseru Sertai UMNO, Pendaftaran Keahlian Kini Secara ‘Online’

20/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengajak lebih ramai rakyat Malaysia khususnya golongan muda untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd