• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Umno Perlu Lebih Berani Jika Mahu Kekal Sebagai Pembela Rakyat

oleh Ahmad Albab
01/11/2014
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Umno perlu mengatur langkah baharu dan tidak lagi boleh bertindak seperti biasa memandangkan parti keramat ini merupakan harapan kepada orang Melayu yang mahu parti lebih berani untuk menghadapi cabaran dari dalam dan luar negara.

Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata atas faktor tiada keberanian Umno untuk cepat berubah, rakyat kini semakin berani mempersoalkan perjuangan asas Umno khasnya dalam membela bangsa, agama dan negara.

“Umno dilihat longlai, tidak berani ke hadapan. Ramai pihak mula persoal perkara pokok perjuangan asas hak-hak kita dan ini dibuat secara terbuka walaupun dulu tidak berani apatah lagi kini ada media sosial,” katanya.

‘Berucap ketika merasmikan Konvensyen Umno Terengganu 2014 di sini hari ini, Muhyiddin berkata malah beliau sendiri turut diasak dengan pelbagai soalan tentang Umno tidak lantang, tidak berani ke hadapan dan hanya badan bukan kerajaan yang memperjuangkan nasib orang Melayu.

Sebab itu, katanya, Umno tetap bertegas untuk mempertahankan Akta Hasutan yang boleh menjadi asas untuk membendung gejala yang boleh meruntuhkan perpaduan dan kedaulatan negara ini.

Muhyiddin berkata sudah sampai masanya untuk Umno bertindak dan tidak lagi boleh berdiam diri serta bergerak seperti biasa seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku.

Beliau berkata Umno harus membuktikan ia sebuah parti yang masih relevan untuk membela nasib rakyat dan bukannya mengharapkan pihak luar kerajaan yang memperjuangkan nasib mereka.

“Apa yang penting kukuhkan parti kita. Saya sokong usul kukuhkan perpaduan negara kita oleh Umno Terengganu. Dengarlah masalah rakyat, bela bangsa agama dan negara, saya harap tempoh tiga tahun ada satu gerak kerja, perlu tersusun dan terancang,” katanya.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata Umno sebagai tunjang kerajaan Barisan Nasional (BN) masih lagi belum pulih 100 peratus daripada masalah yang dihadapinya selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

“Malah perdana menteri ketika mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN dua hari lepas, beliau jangkakan bahawa belum banyak perubahan berlaku, sebab sebahagian masih ‘state of denial’. Kita tidak rasakan keadaan yang luar biasa dan mencabar lagi, kita tidak bertindak lebih berani dan tegas,” katanya.

Beliau berkata Umno dan BN hari ini sudah berubah dengan hanya menguasai 133 daripada 222 kerusi Parlimen serta kalah kepada pembangkang di Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor selain hanya menang majoriti mudah di Terengganu.

Muhyiddin turut berharap ada perubahan yang akan berlaku di Terengganu di bawah dasar Tranformasi Terengganu Baharu oleh Menteri Besar Datuk Razif Abdul Rahman.

“Sekarang kita ada 17 kerusi Dewan Undangan Negeri, nanti sekurang-kurangnya 22 kerusi. Kita pernah kalah dan kita pernah menang, perkukuhkan balik setiap perjuangan,” katanya. – BERNAMA

Tags: UMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Sudah sampai masanya untuk UMNO keluar Kerajaan Perpaduan, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd