• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ucapan Spontan Shahrizat Cuit Hati Peserta Di India

oleh Ahmad Albab
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW DELHI – INDIA. Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hanya mengambil masa kurang daripada lapan minit sahaja untuk mencuit hati para peserta satu persidangan di ibu negara India dengan kata-kata spontan dan ucapannya yang berterus-terang.

Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu adalah antara10 penceramah pada sambutan ulang tahun peringatan ke-125 “Nehru’s Worldview and his Legacy: Democracy, Inclusion and Empowerment.” (Pandangan Dunia Nehru dan Legasinya: Demokrasi, Penglibatan dan Pemerkasaan)

Sebelum itu, para peserta kelihatan kepenatan ketika Shahrizat ke pentas untuk memulakan ucapan beliau.

“Selepas makan tengah hari yang hebat dan dengan tidak kurang daripada 10 penceramah.. rasanya macam nak ‘buat’ anak. Nampak saja mudah, tetapi percayalah, bukan senang nak melahirkannya.

Oleh itu, harap Tuan dapat bersabar dengan saya,” katanya kepada pengerusi sesi itu, yang menyebabkan para peserta ketawa.

Dengan kata-kata pembuka bicara yang menarik itu, beliau meneruskan ucapannya: “Namun, saya perlu mengingatkan anda semua bahawa nama saya ialah Shahrizat iaitu versi Melayu bagi nama Parsi, Sha-ha-ra-zat.

Bagi anda yang tidak tahu, Shah-ha-ra-zat boleh bercerita sehingga 1001 malam. Jadi, nampaknya anda tidak akan pulang awal.” – BERNAMA

Tags: IndiaShahrizat Abdul Jalil
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Video Dua Wanita Muslim Belajar Yoga Di India Tular, Salah Seorang Tampil Beri Penjelasan

Video Dua Wanita Muslim Belajar Yoga Di India Tular, Salah Seorang Tampil Beri Penjelasan

05/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Salah seorang daripada dua wanita Melayu yang tular menerusi rakaman video mengikuti latihan Yoga di India tampil...

Bukan Melayu Tidak Perlu Bimbang Persefahaman BN-PN, Kata Jalaluddin

Bukan Melayu Tidak Perlu Bimbang Persefahaman BN-PN, Kata Jalaluddin

18/07/2026
0

JELEBU - Pengundi bukan Melayu khususnya masyarakat Cina dan India diseru agar tidak berasa khuatir atau ragu-ragu terhadap persefahaman politik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd