TIGA pelajar cedera dalam kejadian tembakan yang berlaku di sebuah perpustakaan di Universiti Florida, Khamis lalu.
Selain tiga pelajar itu, beratus lagi pelajar yang berada dalam perpustakaan ketika insiden itu berlaku hanya mampu melindungi diri dengan bersembunyi di celah-celah rak buku.
Pihak polis bagaimanapun bertindak pantas dengan menembak mati si penembak ketika dia berada di luar perpustakaan selepas suspek enggan menyerah diri malah menembak pula salah seorang pegawai polis yang bertugas.
Suspek dikenal pasti sebagai Myron May, seorang lepasan universiti terbabit pada 2005 dan kini pihak berkuasa sedang menyiasat motif sebenar kejadian tersebut.
Sehubungan itu, pihak universiti telah membatalkan semua kelas dan peperiksaan pada hari kejadian dan telah menawarkan sesi khidmat kaunseling terhadap pelajar yang trauma dengan insiden itu. – MYNEWSHUB.CCÂÂ