• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Penjawat Awam Beli Plat ‘BMW’ Kenderaan Mewah

oleh Ahmad Albab
22/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) hari ini dimaklumkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bahawa tiada penjawat awam yang menjadi pemilik nombor pendaftaran kenderaan yang bermula dengan abjad “BMW” untuk kenderaan mewah.

Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata tiada kuota dan keistimewaan diberi untuk penjawat awam, sebaliknya senarai pemilik plat untuk kenderaan mewah itu melibatkan kerabat diraja dan menteri kabinet.

“Namun kita telah meminta Jabatan Pengangkutan Jalan untuk mendedahkan senarai itu walaupun mereka berpandangan, nama itu perlu dirahsiakan kerana sensitiviti.

JPJ juga ambil maklum bahawa senarai itu akan didedahkan jika terdapat arahan dari pihak tertentu malah mereka tiada masalah untuk mendedahkannya,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat PAC bersama JPJ di bangunan Parlimen di sini hari ini.

PAC memanggil JPJ selepas mendapat syor Jabatan Audit Negara berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2 2013 yang antara lain menyentuh kelewatan jabatan itu dalam membuka kertas siasatan berkaitan penguatkuasaan dan sistem MYSikap.

Dilaporkan wujud kekecohan di media sosial baru-baru ini apabila senarai pemilik nombor pendaftaran istimewa ‘BMW’ didedahkan hingga segelintir masyarakat mempersoalkan kredibiliti dan identiti pemiliknya.

Jelas Nur Jazlan, PAC dimaklumkan bahawa Yang di-Pertuan Agong dan Sultan berhak dan layak mendapat tujuh nombor pendaftaran istimewa dan khas.

“Manakala Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri (dua nombor), menteri serta timbalan menteri satu nombor secara percuma sepanjang tempoh perkhidmatan mereka,” katanya.

Nur Jazlan berkata JPJ turut memaklumkan bahawa adalah terpulang kepada individu seperti yang dinyatakan untuk menggunakan nombor khas dan istimewa itu untuk tujuan rasmi mahupun peribadi.

Beliau berkata secara keseluruhan, pihaknya berpuashati dengan penjelasan JPJ mengenai segala isu yang dibangkitkan dan percaya agensi itu akan mengambil langkah sewajarnya dalam memantapkan perkhidmatan dan penguatkuasaan mereka kelak. – BERNAMA

Tags: JPJ
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JPJ Kesan Penipuan Dalam Sistem Pertukaran Hak Milik Online – Anthony Loke

JPJ Kesan Penipuan Dalam Sistem Pertukaran Hak Milik Online – Anthony Loke

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook memaklumkan perkhidmatan dalam talian bagi urusan pertukaran hak milik kenderaan oleh...

Malaysia-Turkiye Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan

Malaysia-Turkiye Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan mengadakan pertemuan dengan syarikat pertahanan Turkiye, Makine ve Kimya Endüstrisi A.Ş. (MKE) yang diketuai Timbalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd