Saturday, July 27, 2024

Creating liberating content

Kerjasama PDRM-Media Pastikan Maklumat...

KANGAR - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah Polis Diraja...

Sokong Belanjawan 2021 Demi...

KUALA LUMPUR - Perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 peringkat dasar yang berakhir hari...

Kenyataan Tommy Mengenai Video...

PETALING JAYA - Seorang peguam berkata, kenyataan Peguam Negara, Tommy Thomas mengenai klip...

Pegawai Kastam P.Pinang Maut...

BUTTERWORTH - Seorang pegawai Jabatan Kastam Pulau Pinang yang dalam perjalanan ke...

Tiada Kenaikan Tarif Elektrik Kekal Sehingga Jun 2015

KUALA LUMPUR – Kerajaan hari ini mengumumkan tidak akan ada kenaikan tarif elektrik sehingga Jun 2015.

Menteri Tenaga, Teknoloji Hijau dan Air, Datuk Seri Maximus Ongkili berkata keputusan itu bagi mengurangkan impak rasionalisasi subsidi kerajaan serta ketidaktentuan harga bahan api di peringkat global.

Katanya untuk itu, kerajaan akan menampung kos bahan api dan penjanaan berjumlah RM1.683 bilion melalui pelaksanaan beberapa mekanisme penjimatan.

“Kos ditampung menggunakan hasil penjimatan daripada rundingan semula Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA), Penjanaan Tenaga Bebas (IPP) Generasi Pertama dan mengekalkan harga gas berpaip yang dibekalkan oleh Petronas kepada sektor elektrik,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Ongkili berkata kadar tarif elektrik di Semenanjung Malaysia ditetapkan melalui sistem Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR) melibatkan pelaksanaan mekanisme ketidakseimbangan pelepasan kos bahan api (ICPT) yang diperkenal Januari lepas.


Mekanisme itu membolehkan kerajaan menyemak kadar tarif elektrik setiap enam bulan berdasarkan perubahan dalam  harga tenaga dan penjanaan, katanya.

“Mekanisme ICPT mengambil kira perubahan harga gas berpaip, gas asli cecair, arang batu, ‘medium fuel oil’, ‘distillate’ dan kos penjanaan lain seperti kos berkaitan PPA, ‘displaced cost’ daripada Tenaga Boleh Diperbaharui dan kos pembelian tenaga elektrik daripada negara luar,” jelasnya.

Justeru, Anggota Parlimen Kota Marudu itu menggesa rakyat supaya menggunakan tenaga elektrik secara berhemah serta mengurangkan pembaziran.

Dalam masa sama, beliau turut mengingatkan pihak utiliti supaya sentiasa berusaha untuk menyediakan bekalan elektrik yang efisien, mencukupi, berdaya harap dan kos efektif demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori