• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Thai Haramkan Buku Hina Raja Mereka

oleh
13/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter
Andrew MacGregor Marshall bersama bukunya, A Kingdom In Crisis yang diharamkan di Thailand.

BANGKOK – Polis diraja Thailand hari ini mengharamkan sebuah buku politik, A Kingdom in Crisis  tulisan seorang wartawan bebas British, Andrew MacGregor Marshall yang pernah menetap di sini kerana didakwa memfitnah sistem beraja negara Asia tenggara itu.

Ketua polis Thailand, Jeneral Komisioner Dr. Somyot Poompanmoung dalam satu kenyataan berkata, kandungan buku tersebut didapati amat berbahaya kepada keselamatam negara, ketenteraman awam dan memberi ancaman besar kepada pemerintahan beraja Thailand.

“Buku ini dilarang dijual atau diedar di seluruh Thailand,” tegas beliau mengulas buku itu yang diterbitkan sebulan lalu oleh firma Zed Books berpusat di London serta berkata, sabit kesalahan boleh dipenjara tiga tahun dan denda 60,000 baht (kira-kira RM6,096).

Pemerintah tertinggi Thailand, Raja Bhumibol Adulyadej, 86 tahun, dilindungi di bawah undang-undang tegas negara itu daripada sebarang bentuk kritikan yang dikenali sebagai ‘lese mejeste’ dan ia turut meliputi permaisuri, putera mahkota dan kerabat baginda.

Marshall, 43 tahun, aktif menulis artikel mengenai politik Thailand termasuk pantang larang isu sensitif istana dan pernah dihukum di bawah akta percetakan yang menegah kritikan ke atas raja sama ada menerusi laman sosial waima grafiti di dalam tandas awam.

Namun beliau yang dilaporkan hilang kemudian kerana bimbang dikenakan hukuman penjara dalam reaksi awal menerusi laman Twitter miliknya mengucapkan terima kasih kepada polis Thailand yang secara tidak langsung mempublisitikan buku itu. – Agensi

Raja Bhumibol Adulyadej
Tags: bukupolisRajaThailand
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

Wanita DAP Bantah Pengharaman Buku Tentang Tokoh Parti Komunis Malaya

Wanita DAP Bantah Pengharaman Buku Tentang Tokoh Parti Komunis Malaya

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Wanita DAP Selangor mempersoalkan pengharaman dua buah buku berkisar tentang perjuangan tokoh Parti Komunis Malaya (PKM) yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd