Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Putera Charles Dan Camilla...

GEORGE TOWN - Prince of Wales, Putera Charles dan isteri Camilla, Duchess of...

10 Banduan Terpilih Dirai...

SEREMBAN - Sepuluh banduan terpilih dari Penjara Seremban diraikan hari ini dalam majlis...

SRC: Pembelaan Tutup Kes,...

KUALA LUMPUR - Selepas memanggil sebanyak 19 saksi pada perbicaraan kes Datuk Seri...

Perhilitan Lumpuh Aktiviti Pemburu...

KUALA LUMPUR - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Semenanjung Malaysia...

Tanah Mendap: Jalan Penarik Ke Kampung Raja Besut Ditutup

SETIU – Jalan Penarik ke Kampung Raja di Besut ditutup kepada semua kenderaan berikutan berlaku tanah mendap akibat banjir yang melanda kawasan Penarik malam tadi.

Ketua Polis Daerah Setiu DSP Ab Rahman Raja Mohamad berkata mendapan itu berlaku di Kampung Nyatoh berhampiran Pusat Tahfiz Baitul Rahmah.

Katanya pengguna jalan raya dari Kampung Raja untuk ke Kuala Terengganu dinasihat membuat lencongan di Jalan Guntong Dalam.

“Pengguna jalan raya dari arah Kuala Terengganu yang hendak ke Kota Baharu (Kelantan) dinasihat menggunakan jalan dari Batu Enam, Kuala Terengganu ke Sungai Tong dan ke Bandar Permaisuri sebelum ke Jerteh,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Ab Rahman berkata laluan berkenaan ditutup sejak 11 malam tadi setelah mendapati mendapan tersebut bertambah serius dan berbahaya kepada pengguna jalan raya.

Katanya kerja membaiki sedang giat dilakukan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR). – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori