• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muhyiddin Yassin Rasmi Dewan Malaysia Perth

oleh Ahmad Albab
13/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERTH – Sebuah bangunan serba merah di Newcastle Street di sini, kini menempatkan Dewan Malaysia Perth, yang dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Khamis.

Ia adalah Dewan Malaysia ketiga di Australia, selepas dewan seumpamanya diwujudkan di Sydney dan Melbourne.

Dewan Malaysia Perth adalah antara lapan Dewan Malaysia di dunia.

Dalam ucapannya, Muhyiddin berkata sebanyak RM30 juta dibelanjakan untuk menyediakan kemudahan itu, yang sebelum ini dikenali sebagai Underground Backpackers.

“Ia sebahagian daripada pelaburan kita untuk meningkatkan modal insan dengan menyediakan kemudahan di luar negara, yang boleh membawa kepada persekitaran lebih kondusif bagi para pelajar,” katanya.

Education Malaysia Australia ditugaskan untuk menguruskan kemudahan itu.

Memandangkan ia adalah sebuah bangunan warisan, Muhyiddin berharap bangunan itu diuruskan dengan baik mengikut peraturan dan garis panduan pihak majlis tempatan.

Turut hadir pada majlis itu ialah isteri Muhyiddin, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia Datuk Zainal Abidin Ahmad. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Biarkan Parti Lawan Parti, Bukan Berlawan Dengan Orang Yang Tak Boleh Kita Berlawan”

“Biarkan Parti Lawan Parti, Bukan Berlawan Dengan Orang Yang Tak Boleh Kita Berlawan”

22/06/2026
0

MUAR - Pakatan Harapan (PH) memberi amaran supaya hanya parti politik mengambil bahagian dalam pilihan raya, manakala pihak yang tidak...

“That Is TMJ Style Power Lah” – Reaksi Netizen Selepas PM Anwar Menghadap Tunku Mahkota Ismail

“That Is TMJ Style Power Lah” – Reaksi Netizen Selepas PM Anwar Menghadap Tunku Mahkota Ismail

22/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Rata-rata netizen memberi reaksi positif terhadap langkah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Pemangku Sultan Johor,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd