• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Teresa Kok Setuju Atau Tidak Sekolah Persendirian Cina Dibuka Percuma Kepada Anak Pelarian?’ – Akmal

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
‘Teresa Kok Setuju Atau Tidak Sekolah Persendirian Cina Dibuka Percuma Kepada Anak Pelarian?’ – Akmal
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mencabar Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok supaya menyatakan pendirian sama ada beliau bersetuju sekolah persendirian Cina dibuka kepada anak-anak pelarian untuk mendapatkan pendidikan secara percuma.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik di media sosial, Muhamad Akmal mengemukakan persoalan itu susulan kenyataan Teresa di Dewan Rakyat yang menyokong cadangan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) supaya kanak-kanak pelarian dibenarkan memasuki sekolah kerajaan.

“YB Teresa setuju atau tidak untuk dibukakan sekolah persendirian Cina ini yang memang lengkap segala-galanya untuk dibuka kepada anak-anak pelarian ini dan supaya anak-anak pelarian ini boleh belajar dekat situ secara percuma?” soalnya.

Terdahulu, Teresa dalam perbahasan di Parlimen menyatakan sokongan terhadap cadangan UNHCR supaya kanak-kanak pelarian dibenarkan mendaftar di sekolah kerajaan.

“UNHCR bercadangkan kanak-kanak pelarian dibenarkan mendaftar di sekolah kerajaan. Saya menyokong penuh cadangan UNHCR ini dan saya berharap Kementerian Pendidikan mengambil langkah yang sewajarnya,” katanya.

Mengulas perkara itu, Muhamad Akmal mempersoalkan sama ada Teresa benar-benar memahami masalah yang sedang dihadapi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), khususnya kekurangan kemudahan dan tenaga pengajar di sekolah kerajaan.

Menurutnya, masih terdapat sekolah yang menempatkan antara 35 hingga 40 murid dalam sebuah kelas, selain berdepan masalah kerusi dan meja rosak serta kekurangan guru.

Beliau berkata, keadaan itu turut meningkatkan beban tugas guru yang sedia ada.

“YB, kalau untuk anak-anak kita sendiri pun, anak-anak warganegara Malaysia sendiri pun nak belajar, fasilitinya agak tidak lengkap, macam mana kita nak buka kepada anak-anak pelarian pula?” katanya.

Muhamad Akmal turut menegaskan bahawa sebagai seorang Ahli Parlimen, Teresa sepatutnya terlebih dahulu memahami dan membahaskan masalah dalam sistem pendidikan negara untuk tujuan penambahbaikan.

“Sepatutnya sebagai seorang MP, faham dulu masalah yang ada dalam KPM ini.

“Dan sepatutnya bukan setakat faham saja. Bahaslah masalah-masalah yang ada dalam KPM ini untuk ditambah baik. Bukanlah nak bahas agar sekolah kerajaan ini dibuka kepada anak-anak pelarian,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Akmal Saleh

Tags: AkmalDibuka PercumaKepada Anak PelarianSekolah Persendirian CinaSetuju Atau TidakTeresa Kok
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kuil Dalam Rizab Jalan, Mesyuarat Cari Penyelesaian Elak Diroboh – Teresa Kok

Kuil Dalam Rizab Jalan, Mesyuarat Cari Penyelesaian Elak Diroboh – Teresa Kok

05/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok memaklumkan beliau bersama kakitangannya menghadiri satu mesyuarat berhubung cadangan pelebaran jajaran baharu...

“Siapa Fitnah Akan Masuk Neraka” – Teresa Kok

“Siapa Fitnah Akan Masuk Neraka” – Teresa Kok

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Seputeh DAP, Teresa Kok mengingatkan mana-mana pihak atau individu yang menfitnahnya akan masuk neraka. Beliau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd