• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tak Perlu Apologetik Pertahankan ‘Tiang Seri’ Umno – Hishamuddin

oleh Ahmad Albab
23/11/2014
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Umno tidak perlu apologetik dalam mempertahankan perkara-perkara yang menyentuh tentang agama, bangsa dan kedaulatan raja-raja, kata Naib Presidennya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata  perkara-perkara membabitkan agama Islam, bangsa Melayu dan raja-raja itu disifatkan sebagai “tiang seri” yang mendukung kewujudan Umno.

“Umno tidak perlu apologetik dalam mempertahankan ‘tiang serinya’ itu, kerana perkara-perkara membabitkan agama, bangsa dan raja-raja juga termaktub di dalam perlembagaannya (Umno),” katanya pada majlis diskusi bersama kira-kira 100 peguam muda Melayu yang menganggotai Bona Fide Friends of Umno, anjuran Biro Perlembagaan dan Perundangan Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Bona Fide Friends of Umno, yang diwujudkan di bawah biro itu, adalah satu kumpulan pengamal undang-undang yang mesra Umno dan menjadi platform alternatif untuk golongan itu menyuarakan pandangan mereka.

Turut hadir pengerusi biro itu Datuk Razali Ibrahim, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Hishammuddin, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Usul Perhimpunan Agung Umno 2014, berkata persoalan sama ada Akta Hasutan 1948 akan dipinda, dihapuskan atau menggubal akta baharu seperti Akta Keharmonian Nasional tidak timbul.

“Sama ada Akta Hasutan dipinda atau satu akta baharu digubal, ia akan tetap mempertahankan ketiga-tiga perkara membabitkan raja-raja, agama Islam dan bangsa Melayu,” katanya.

Mengenai penubuhan Bona Fide Friends of Umno, beliau berkata, ia akan menjadi platform kepada peguam muda Melayu yang perjuangannya selari dengan Umno untuk bersuara berkaitan isu-isu perundangan.

Hishammuddin, yang juga seorang bekas peguam, berkata isu-isu membabitkan undang-undang sering kali “dirampas” pihak pembangkang bagi kepentingan politik mereka, sehingga menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

“Isu-isu perundangan bukan hak mutlak pembangkang,” katanya.

Hishammuddin berharap kumpulan itu dapat memberikan pandangan mereka tentang sesuatu isu daripada sudut perundangan secara adil dan “tanpa takut atau pilih kasih” kerana ia akan membantu Umno secara keseluruhannya. – BERNAMA

Tags: UMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Keahlian Meningkat, 14,045 Ahli Baharu UMNO Daftar Secara Dalam Talian – Asyraf Wajdi

Keahlian Meningkat, 14,045 Ahli Baharu UMNO Daftar Secara Dalam Talian – Asyraf Wajdi

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan jumlah keahlian baharu parti itu menerusi pendaftaran secara...

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO menegaskan tidak ramai dalam Kerajaan Perpaduan mempunyai pengalaman luas mengurus negara seperti dimiliki parti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd