• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan Brunei Terima Anugerah Ijazah Kehormat

oleh Ahmad Albab
05/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Sultan Brunei Sultan Hasanal Bolkiah menerima Ijazah Kehormat Doktor Undang-undang yang disampaikan Canselor Universiti Sains Malaysia Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail pada upacara konvokesyen USM ke-50 di sini hari ini.

Dalam titah baginda selepas menerima anugerah itu di Dewan Tuanku Syed Putra USM, Sultan Hasanal Bolkiah menyifatkan penganugerahan ijazah kehormat itu sebagai penghormatan yang tinggi dan mampu menjadi pemangkin kepada usaha meningkatkan hubungan sedia ada antara Brunei dan Malaysia.

“Ia bukan sahaja satu penghormatan kepada beta tetapi juga kepada rakyat Brunei. Selain itu ia juga mencoretkan kenangan kepada beta dan negara beta,” titah baginda.
Baginda juga ingin melihat hubungan kerjasama yang wujud dapat terus dipertingkat melalui kerjasama pendidikan mahupun pertukaran pelajar antara institusi pengajian tinggi kedua-dua negara.

“Brunei juga sentiasa mengalu-alukan rakyat Malaysia untuk melanjutkan pelajaran di Brunei.

“Brunei juga sama seperti Malaysia, amat mementingkan pendidikan selaras dengan Wawasan Brunei 2035 iaitu untuk mempunyai rakyat berpendidikan serta harapan untuk lahirkan tenaga kerja yang berilmu dan berkaliber,” titah baginda.

Setakat ini Brunei mempunyai empat buah universiti dan sebuah politeknik.

Sebelum mengakhiri titah baginda, Sultan Hasanal Bolkiah menjelaskan bahawa Brunei juga sedang giat mentransformasi bidang pendidikan teknikal agar dapat melahirkan pelajar berkemahiran yang mampu memenuhi tuntutan semasa.

Yang turut hadir pada upacara konvokesyen sidang pertama hari ini ialah Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid, Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas dan isteri Toh Puan Majimor Shariff, Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh dan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man.

Sebanyak 5,472 graduan akan menerima ijazah mereka pada upacara konvokesyen kali ini yang akan berlangsung dalam sembilan sidang sehingga 9 November. Pada hari ini sebanyak 353 graduan dianugerahkan dengan ijazah masing-masing.

Sempena upacara konvokesyen itu, pelbagai acara diadakan termasuk pameran kecemerlangan penyelidikan yang mengetengahkan 21 produk hasil penyelidikan USM, bertujuan mendekatkan bidang penyelidikan kepada masyarakat.

Selain itu turut diadakan ialah ekspo konvokesyen 2014 (ConvEx’14) di tapak ekspo konvokesyen yang bertemakan ‘USM Nadi Masyarakat’ sempena meraikan sambutan jubli emas upacara konvokesyen kali ini. – BERNAMA

Tags: Sultan Brunei
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tujuh Pemain Bola Sepak Mengaku Salah Cederakan Pasukan Lawan

Sultan Brunei Berkenaan Sertai Solat Jenazah Abdul Taib

22/02/2024
0

KUCHING: Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah berkenan menyertai solat jenazah bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud di...

Sultan Brunei Terima Menghadap Anwar

Sultan Brunei Terima Menghadap Anwar

25/01/2023
0

Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang dalam rangka lawatan rasmi selama dua hari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd