Wednesday, April 24, 2024

Creating liberating content

Nenek Selamatkan Nyawa Cucu

Seremban - Demi memastikan cucunya terselamat, seorang nenek mengerahkan segala kudrat mendukung kanak-kanak...

Video Aci Baran Belasah...

SATU rakaman video memaparkan seorang nenek membelasah seorang kanak-kanak perempuan tanpa belas ihsan...

Semua Perkhidmatan PBT Tak...

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) terus ditambah baik dalam...

Rancang Jumpa Johan, Nora:...

PEMERGIAN komposer terkenal Johan Nawawi, yang juga merupakan suami kepada Nora Ariffin pada...

Sultan Brunei Berkenaan Sertai Solat Jenazah Abdul Taib

KUCHING: Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah berkenan menyertai solat jenazah bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud di Masjid Demak di sini, hari ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Turut berkenan menyertai solat jenazah ialah anakanda baginda, Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah.

Solat jenazah yang dipimpin Imam Besar Negeri Sarawak, Datuk Mustapha Kamal Ahmad Fauzi itu juga disertai Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Sultan Hassanal kemudiannya berangkat menyertai istiadat pengebumian Abdul Taib di perkuburan keluarga berdekatan masjid tersebut.

Terdahulu, jenazah Allahyarham Abdul Taib dibawa dari Kompleks Dewan Undangan Negeri Sarawak selepas selesai majlis istiadat memberi penghormatan terakhir oleh orang ramai yang diadakan di situ.

Perjalanan dari kompleks itu ke Masjid Demak diiringi tembakan 87 das meriam oleh Rejimen Ke-8 Artileri Diraja sebagai penghormatan terakhir kepada Allahyarham.


Jenazah Allahyarham Abdul Taib tiba di perkarangan masjid pada 11.56 pagi dan diusung oleh pegawai tentera dan polis ke dalam masjid sambil diiringi isteri, Toh Puan Raghad Kurdi Taib serta ahli keluarga yang lain.

Jenazah Allahyarham Abdul Taib kemudiannya dibawa ke tanah perkuburan pada kira-kira 1.20 tengahari dalam suasana cuaca hujan.

Allahyarham Abdul Taib, 87 tahun meninggal dunia pada kira-kira 4.40 pagi semalam.

Kerajaan Sarawak mengisytiharkan Sarawak berkabung selama dua hari bermula semalam.

Bernama-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori