• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sektor Awam Perlu Transformasi Untuk Hadapi Cabaran

oleh Ahmad Albab
25/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Sektor awam di negara ini, yang menghadapi cabaran berbeza daripada sedekad lepas, perlu melakukan perubahan, transformasi dan bersifat inovatif dari segi pendekatan agar tidak ketinggalan zaman, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Beliau berkata sejajar dengan itu, pelaksanaan transformasi dalam sektor awam menjadi fokus utama sejak beberapa tahun kebelakangan bagi memastikan ia sentiasa relevan dengan perubahan yang berlaku.

“Orang sering bertanya sama ada kita (sektor awam) masih relevan kerana perubahan menunjukkan kita perlu relevan sepanjang masa,” katanya ketika merasmikan Persidangan Sektor Awam Sarawak 2014 di sini hari ini.

Beliau berkata orang sekarang bijak menilai dan mahukan perkhidmatan yang cepat, cekap dan berkesan kos untuk memenuhi keperluan serta jangkaan mereka.

“Pada waktu yang sama, kemunculan media sosial memaksa kita berdepan dengan maklum balas positif dan negatif secara masa nyata, manakala jangkaan untuk mendapat respons tepat pada waktunya, walaupun bukan pada waktu itu juga, adalah lebih tinggi daripada sebelum ini.

“Di peringkat institusi pula, kita menghadapi kekangan fiskal yang mencabar kita untuk melipatgandakan perkhidmatan kepada rakyat dengan menggunakan sumber yang berkurangan,” katanya.

Sejajar dengan itu, Ali menggesa semua penjawat awam supaya berani melakukan transformasi terhadap sektor awam dan tidak mengutamakan kenaikan gaji semata-mata, tetapi hasil yang besar dan lestari dalam bentuk perkhidmatan lebih baik kepada orang ramai, peningkatan produktiviti dan kecekapan serta pertumbuhan ekonomi.

Beliau berkata Malaysia memiliki sektor awam yang kukuh, dinamik dan bingkas, yang mampu menggerakkan negara ini ke hadapan melalui pelaksanaan pelbagai program pembangunan sepanjang tahun hingga membolehkannya mencapai pertumbuhan besar serta berdaya saing di peringkat global.

“Kita perlu terus kurangkan kerenah birokrasi dan memperkenalkan pembaharuan yang boleh meningkatkan kecekapan, meminimumkan kos dan menambah produktiviti,” katanya.

Ali memuji Perkhidmatan Awam Sarawak kerana mempunyai wawasan – ‘Untuk Menjadi Perkhidmatan Awam Kelas Dunia’, yang kata beliau agak sama dengan wawasan Kanada ‘perkhidmatan awam kelas dunia yang bersedia berkhidmat kepada Kanada dan rakyatnya kini dan pada masa akan datang’.

Beliau berkata setakat ini tiada negeri lain di Malaysia mempunyai rancangan untuk melakukan transformasi terhadap perkhidmatan awam masing-masing. – BERNAMA

Tags: Ali HamsaPenjawat Awam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menafikan imej palsu di media sosial yang mendakwa Datuk Seri Mohamad...

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan kaedaah pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) secara berperingkat bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan susulan konflik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd