• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sebab Anwar Beri Keterangan Dari Kandang Tertuduh

oleh AK-47
09/11/2014
dalam Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA — Peguam utama Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Gopal Sri Ram, dalam hujah penutupnya bagi rayuan terakhir pemimpin pembangkang terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun, memberitahu Mahkamah Persekutuan bahawa penasihat PKR itu tidak patut dipersalahkan kerana memilih memberikan kenyataan dari kandang tertuduh berhubung konspirasi untuk menamatkan karier politiknya.

Sri Ram, seorang bekas hakim Mahkamah Persekutuan, berkata Anwar memilih untuk melakukan ini kerana pengalaman masa lalu di mana mahkamah rendah mensabitkan beliau atas tuduhan yang sama (kerana meliwat pemandu keluarganya, Azizan Abu Bakar) tetapi kemudiannya dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam keputusan majoriti 2-1.

Beliau juga memberitahu panel lima hakim yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria bahawa dalam kes semasa yang melibatkan Mohd Saiful Bukhari Azlan, pengadu adalah seorang lelaki yang mempunyai motif dan saksi yang tiada nilai.

“Hakim perbicaraan (Mahkamah Tinggi) itu terkhilaf apabila memberikan banyak tumpuan kepada pembuktian apabila kredibiliti Mohd Saiful Bukhari diragui,” beliau memberitahu panel lima hakim yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria pada hari kelapan prosiding rayuan.

Sri Ram juga menyebut beberapa kes undang-undang yang menyatakan apabila kredibiliti itu kurang, maka pembuktian tidak lagi relevan.

Beliau berkata pada peringkat pembelaan, hakim perbicaraan telah memutuskan bahawa ia bukan 100 peratus selamat untuk mensabitkan Anwar memandangkan keterangan saksi utama (Mohd Saiful Bukhari) tidak menyokong bukti DNA yang merupakan titik penting kes pendakwaan.

Sebelum itu, Sri Ram memberitahu mahkamah bahawa gambar Mohd Saiful Bukhari menghidangkan teh di rumah Anwar sehari selepas kejadian yang didakwa itu perlu diterima sebagai eksibit memandangkan orang yang di dalam gambar itu mengakui bahawa dia ada di sana, tanpa memanggil siapa yang membancuhnya.

Beliau berkata foto itu adalah relevan untuk menunjukkan perilaku Mohd Saiful Bukhari, yang mana pihak pembelaan berhujah kelihatan normal dan gembira, tetapi ia tidak ditandakan sebagai eksibit semasa perbicaraan.

Setelah Sri Ram membuat kesimpulan penghujahannya, ketua pasukan pendakwaan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bangun dan meminta izin mahkamah untuk menjawab hujah pembelaan mengenai isu persetujuan berkaitan pertuduhan liwat.

Bagaimanapun, Arifin berkata kepada Muhammad Shafee untuk berbuat demikian secara bertulis.

“Ia (rayuan) telah tamat, kecuali jika ada isu-isu baharu,” katanya.

Empat hakim yang lain ialah Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif dan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.

Dalam rayuan itu, Anwar, 67, memohon kepada Mahkamah Persekutuan mengetepikan sabitan kesalahan dan hukuman yang dikenakan terhadapnya oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac tahun ini setelah mengubah keputusan Mahkamah Tinggi  membebaskan Anwar.

Mahkamah Rayuan mendapati Anwar bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari, 27, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.

Tuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan.

Pada 9 Jan 2012, Mahkamah Tinggi membebaskan dan melepaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful dengan alasan mahkamah itu tidak pasti 100 peratus tentang integriti sampel yang diambil bagi ujian DNA daripada individu yang didakwa menjadi mangsa.

Mahkamah itu memutuskan bahawa sampel berkenaan mungkin telah diusik sebelum sampai kepada Jabatan Kimia untuk dibuat analisis.

Bagaimanapun, ketika mensabitkan Anwar dengan kesalahan meliwat itu, Mahkamah Rayuan berpendapat hakim perbicaraan terkhilaf dalam dapatannya tentang sampel berkenaan, yang didasarkan kepada keterangan dua saksi pakar yang dipanggil pihak pembelaan.– BERNAMA

Tags: Liwat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Asing Lapor Polis, Diliwat Kenalan Gimnasium

Warga Asing Lapor Polis, Diliwat Kenalan Gimnasium

06/07/2024
45

Petaling Jaya : Tindakan lelaki warga asing yang menerima pelawaan kenalan baru dikenali di gimnasium untuk berbual di rumah bertukar...

Ibu Kelar Bayi: Polis Ambil Keterangan Enam Individu

Suspek Liwat Dua Remaja 15 Tahun Direman Tiga Hari

19/03/2024
0

MERSING: Seorang lelaki ditahan reman tiga hari untuk siasatan kes liwat dua remaja lelaki berusia 15 tahun. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd