• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rosyam Nor Resah RTM Henti Beli Drama Melayu

oleh Ahmad Albab
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

Pelakon senior, Datuk Rosyam Nor dalam nukilannya di sisipan akhbar Berita Harian mengeluh, semenjak awal Januari lalu, Stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM) menghentikan pembelian drama Melayu daripada penerbit tempatan.

Lantas ujarnya, situasi ini menimbulkan masalah besar buat semua penerbit untuk menjana pendapatan dan menanggung kos produksi.

Menyifatkan industri kini berada dalam keadaan ‘tenat’, beliau walau bagaimanapun mengharapkan ia kembali normal.

“Bidang penerbitan drama juga mengalami masalah besar. Sudah ramai penerbit mengeluh termasuk aku apabila RTM tidak lagi membuat pembelian semenjak Januari lalu.”

Tambah peneraju filem Suami, Isteri dan … itu, ramai penerbit drama bergantung harap kepada RTM kerana peruntukan jumlah slot yang banyak oleh stesen itu jika dibandingkan dengan stesen lain.

IMG_9602.storyimage

Katanya lagi, dalam satu taklimat oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, tindakan tersebut diambil akibat kos tinggi yang terpaksa ditanggung RTM kerana penyiaran perlawanan Piala Dunia tidak lama dulu.

Selain itu, tragedi malang MH370 dan MH17 yang menimpa negara juga menjadi punca kepada tindakan drastik itu oleh pihak RTM.

Memahami keputusan yang diambil RTM, walau bagaimanapun, Rosyam dan penerbit-penerbit mengharapkan ia dapat diselesaikan dalam kadar masa segera.

“Jika dibiarkan, mungkin satu hari nanti tidak ada filem Melayu yang akan diterbitkan lagi,” tulisnya dalam ruangan tersebut.

Beliau turut memberikan cadangan perbincangan meja bulat antara para penerbit dan pihak berwajib bagi mencari jalan penyelesaian kepada isu ini. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

Tags: Ahmad ShaberyArtisdrama melayuMenteri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Menjunjung Tinggi Pendirian Anthony Loke Meletak Jawatan Menteri

DAP Menjunjung Tinggi Pendirian Anthony Loke Meletak Jawatan Menteri

11/11/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP Menjunjung tinggi pendirian Setiausaha Agungnya, Anthony Loke Siew Fook meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan. Menerusi satu...

Cadangan Tangani Rumah Sembelihan Tiada Sijil Halal Sedang Diusahakan – Menteri

Cadangan Tangani Rumah Sembelihan Tiada Sijil Halal Sedang Diusahakan – Menteri

05/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Beberapa cadangan dan saranan sedang diusahakan bagi menangani isu pengusaha rumah sembelihan yang tidak mempunyai Sijil Pengesahan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd