• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RM1.5 Juta Pemuliharaan Pulau Bidong – Exco

oleh Ahmad Albab
09/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SETIU – Kerajaan Negeri Terengganu memperuntukkan RM1.5 juta bagi membaik pulih kemudahan asas dan pemuliharaan dasar laut Pulau Bidong, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri Datuk Mohd Jidin Shafie.

Beliau berkata projek itu akan bermula awal tahun depan menerusi kerjasama dengan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dan institusi pengajian tinggi.

Langkah memulihara Pulau Bidong, yang terkenal dengan peninggalan sejarah pelarian Vietnam itu bertepatan dengan hasrat kerajaan negeri untuk menjadikan pulau itu sebagai Pulau Warisan negeri, katanya.

“Sebelum ini Coral Malaysia telah menyempurnakan projek perintis dengan menubuhkan sebuah Galeri Dasar di pulau berkenaan dan kita (kerajaan negeri) akan terus kembangkan dengan mempelbagaikan lagi khazanah yang ada di dasar laut tersebut.

“Kerja-kerja pembaikan ini akan dilakukan dengan teliti bagi mengelak sebarang ekosistem seperti batu karang dan hidupan di pulau itu musnah,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Mohd Jidin berkata satu kawasan helipad di pulau berkenaan akan diwujudkan bagi memudahkan kedatangan pelancong melalui jalan udara terutamanya pada musim tengkujuh.

“Di pulau itu terdapat sebuah pusat penyelidikan bidang sains marin milik Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

“Jika musim tengkujuh, laluan laut sukar untuk dilalui, jadi dengan adanya jalan udara, para penyelidik boleh menggunakan alternatif ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Exco
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Rangka Mekanisme Mudahkan Murid Lapor Kejadian Buli – Exco

Selangor Rangka Mekanisme Mudahkan Murid Lapor Kejadian Buli – Exco

27/08/2025
0

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor akan merangka mekanisme khas bagi memudahkan kanak-kanak melaporkan sebarang kejadian berunsur buli, kata Exco Pembangunan...

Vape: Kerajaan Negeri Akan Jumpa Pemain Industri Sebelum Buat Keputusan – Exco

Vape: Kerajaan Negeri Akan Jumpa Pemain Industri Sebelum Buat Keputusan – Exco

05/07/2025
0

Tanjong Malim: Kerajaan negeri akan bertemu dengan penggiat industri rokok elektronik, atau vape, sebelum membuat sebarang keputusan berhubung cadangan larangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd