• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Repvblik Band Pilih Hard Rock Cafe Melaka Lokasi Konsert

oleh Ahmad Albab
30/11/2014
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Kumpulan daripada Indonesia, Repvblik memilih Melaka Bandaraya Bersejarah sebagai lokasi untuk mereka mengadakan konsert istimewa khas buat peminat pada 8 Disember depan.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh MVM Production, Repvblik akan mengadakan persembahan itu di Hard Rock Cafe Melaka pada pukul 9 malam bersempena dengan pelancaran album terbaharu mereka.

“Repvblik akan berada di negara ini bermula 7 hingga 11 Disember termasuk sebuah konsert istimewa untuk peminat mereka di Hard Rock Cafe pada 8 Disember.

“Persembahan istimewa itu hanya diadakan satu malam dan berharap peminat tidak akan melepaskan peluang tersebut,” kata kenyataan itu.

Repvblik juga dijangka mengadakan sidang media pada sebelah petang sebelum persembahan tersebut berlangsung di lokasi sama.

Persembahan itu nanti turut menampilkan artis seperti Chomel dan Elly daripada kumpulan AXLS sebagai penyanyi undangan.

Pada konsert berdurasi 1 jam 30 minit itu nanti mereka dijangka akan menyampaikan lagu hit seperti Ingin Kau Tahu, Sandiwara Cinta dan single terbaharu mereka Selimut Tetangga.

Peminat boleh mendapatkan tiket untuk menyaksikan persembahan itu yang dijual pada harga RM80 dan boleh didapati di Hard Rock Cafe atau pun menghubungi talian 06-292 5188 untuk pertanyaan lanjut dan tempahan. – mStar Online

Tags: Artispenyanyi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Abu Sayyaf Tangguh Penggal Kepala Rakyat Malaysia

Next Post

Festival Nusantara 2014 Erat Hubungan Indonesia-Malaysia

Related Posts

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

21/12/2024
0

NARATHIWAT: Penyanyi dikir barat dari Kelantan yang didakwa ditahan bersama 6,000 pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok dekat...

32 Penyanyi, Pemuzik Saman PRISM Berhad

32 Penyanyi, Pemuzik Saman PRISM Berhad

13/09/2022
0

SHAH ALAM: Seramai 32 penggiat seni merangkumi penyanyi dan pemuzik memfailkan satu notis usul berserta afidavit bagi mendapatkan kebenaran Mahkamah...

Next Post

Festival Nusantara 2014 Erat Hubungan Indonesia-Malaysia

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd