• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Festival Nusantara 2014 Erat Hubungan Indonesia-Malaysia

oleh Ahmad Albab
30/11/2014
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Barisan artis daripada Malaysia dan Indonesia bakal berhimpun pada Festival Nusantara 2014 yang bakal diadakan di Tempat Letak Kereta A, Stadium Nasional Bukit Jalil pada 287 Disember ini.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan oleh Indigital Sdn Bhd, penganjuran festival itu turut mendapat kerjasama daripada Kedutaan Besar Republik Indonesia di Kuala Lumpur yang bertujuan merapatkan lagi hubungan diantara dua buah negara menerusi kesenian dan muzik.

“Disamping merapatkan hubungan kekeluargaan diantara dua negara, festival ini juga diadakan bagi menghargai peminat-peminat muzik dengan membawa artis terkenal tanah air dan Indonesia pada acara sama,” kata wakil syarikat Indigital Sdn Bhd.

Tambah kenyataan itu lagi, festival itu turut mendapat tajaan daripada Celcom Frenz dan acara itu bakal berlangsung dari pukul 11 pagi hingga 11 malam.

Malah pihak Celcom Frenz telah memilih kumpulan Slank, Trio Macan dan Zaskia Gotik dari Indonesia untuk membuat persembahan di konsert yang dinamakan ‘Konser Frenz’ pada pukul 5 petang.

Selain konsert, pelbagai aktiviti menarik turut disediakan pada festival berkenaan seperti kedai jualan pakaian, makanan serta aktiviti-aktiviti pentas lain seperti karaoke.

Pengunjung yang ingin menghadiri festival berkenaan tidak akan dikenakan sebarang bayaran manakala untuk Konser Frenz, tiket dijual pada harga RM 33 dan ia boleh didapati di www.ticketpro.com.my atau menghubungi hotline ticket pro di 03-7880 7999.

Selain itu juga tiket boleh didapati di cawangan Rock Corner, The Guitar Store atau Victoria Music Centre. – mStar Online

Tags: Festivalpenyanyi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Patut Malu Tak Tahu Beza Budaya Malaysia Dengan Disko – Akmal Saleh

DAP Patut Malu Tak Tahu Beza Budaya Malaysia Dengan Disko – Akmal Saleh

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti DAP yang sepatutnya berasa malu kerana tidak dapat membezakan antara budaya Malaysia dengan disko jalanan susulan...

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd