• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan 4 Lelaki Samun Kedai Emas Di Ringlet

oleh Ahmad Albab
18/11/2014
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Empat penjenayah terpaksa berputih mata kerana tidak sempat menikmati hasil samun sebuah kedai emas di Ringlet, Cameron Highlands selepas ditahan kurang dua jam selepas melakukan jenayah itu petang semalam.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands Deputi Superintendan Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, tiga daripada penjenayah itu ditahan petang semalam manakala seorang lagi menyerah diri di Balai Polis Brinchang pada pukul 10 pagi tadi.

“Dua suspek ditangkap di dalam hutan berhampiran ketika melarikan diri manakala seorang lagi diberkas semasa bersembunyi di dalam sebuah rumah kosong antara jam 3 hingga 7 petang semalam,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata, dalam rompakan kira-kira kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, empat lelaki bertopeng bersenjatakan objek tajam telah menyamun sebuah kedai emas di Ringlet, Cameron Highlands dan melarikan sejumlah barang kemas.

Menurutnya, suspek kemudiannya bertindak melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta jenis Proton Wira berwarna hitam.

“Semasa suspek hendak melarikan diri kereta penjenayah itu telah dirempuh pacuan empat roda jenis Hilux dan sebuah teksi jenis Proton Saga menyebabkan suspek lari meninggalkan beg berisi barang-barang kemas itu,” katanya.

Wan Shamsudin berkata, tindakan pantas polis kemudiannya berjaya mengesan dan menangkap suspek terbabit tidak sampai dua jam selepas kejadian.

Katanya, kesemua suspek yang berusia lingkungan 20-an hingga 30-an itu kini ditahan di lokap Ibupejabat Polis Daerah Cameron Highlands untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

Tags: kes samunpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd