Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

MotoGP: Hafizh Harapkan Minggu...

SEPANG – Kedudukan 10 terbaik pada perlumbaan Grand Prix Motosikal Malaysia 2018 di...

596 Mangsa Banjir Berada...

KUALA SELANGOR - Sebanyak 596 mangsa banjir masih ditempatkan di enam pusat penempatan...

Jabatan Peguam Negara Perlu...

CAMERON HIGHLANDS - Jabatan Peguam Negara perlu memberi keutamaan kepada kes membabitkan cukai...

Shaheizy Sam Jaga Batas...

SESUATU karya pasti akan memberi impak yang extra apabila barisan pelakon dapat menghayati...

Polis Tahan 20 GRO Warga Asing & 5 Tonto Pusat Hiburan

GEORGE TOWN – Polis menahan 20 wanita warga asing yang dipercayai pelayan pelanggan (GRO) dan lima individu dipercayai tonto selepas menyerbu tiga pusat hiburan di Mindlands Park, Pulau Tikus di sini awal hari ini.

Pusat terbabit yang beroperasi dengan menawarkan khidmat GRO telah diserbu beberapa kali sebelum ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata pemeriksaan yang bermula pukul 1 pagi itu mendapati 17 daripada wanita terbabit adalah warganegara China manakala selebihnya warga Vietnam yang menyalahgunakan pas lawatan sosial, permit kerja dan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

“Semua wanita warga asing itu berumur antara 23 sehingga 40 tahun itu cuba meloloskan diri, namun gagal selepas polis mengepung kawasan berkenaan. Semua mereka dibawa ke IPD Timur Laut untuk siasatan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Mior Faridalatrash berkata dalam operasi itu pihaknya turut menahan lima individu dipercayai tonto yang menyalurkan maklumat kepada pengusaha pusat hiburan terbabit berhubung pergerakan anggota polis.


“Lima tonto ini selain dipercayai menjadi ‘mata-mata’ kepada pusat hiburan terlibat, mereka juga cuba mengganggu tugas polis untuk melakukan serbuan,” katanya.

Tambahnya, melalui serbuan di bawah Ops Noda itu, polis turut memeriksa 42 pelanggan pusat-pusat hiburan terbabit yang merupakan warga tempatan terdiri daripada 32 lelaki dan 10 orang wanita.

Katanya mereka dibawa ke IPD Timur Laut untuk saringan ujian air kencing dan proses dokumentasi. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori