• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Rampas Syabu Bernilai RM400,000 Di Batu Ferringhi

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Polis menahan seorang lelaki warga Nigeria dan merampas syabu bernilai RM400,000 yang disembunyikan dalam kotak berisi patung perhiasan dalam serbuan di sebuah unit kondominium di Batu Ferringhi, dekat sini.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk A Thaiveegan, berkata lelaki yang ditahan dalam serbuan pada jam 3.15 petang Jumaat hasil risikan sejak seminggu lalu itu, memasuki negara ini menggunakan pas pelajar sebuah kolej swasta di negeri ini.

“Kesemua dadah itu disembunyikan dalam ruang khas sebuah kotak berisi pelbagai patung perhiasan seperti naga dan harimau yang dipos secara kurier dari China ke Kuala Lumpur sebelum dihantar ke Pulau Pinang,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati lelaki berusia 32 tahun yang dipercayai anggota sindiket pengedaran dadah antarabangsa itu tidak menuntut di kolej berkenaan dan dia juga tidak mempunyai pekerjaan.

“Lelaki itu dipercayai mendapat bekalan dadah dari luar negara dan membungkusnya semula sebelum mengedarkan kepada pelanggannya di sekitar Pulau Pinang,” katanya.

Beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan dan usaha mengesan mereka yang terlibat dengan lelaki berkenaan giat dijalankan.

Lelaki itu direman sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan. – BERNAMA

Tags: polis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd