• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Rampas Dadah Bernilai RM1.7 Juta

oleh Ahmad Albab
06/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Polis menahan dua warga asing dan merampas 9.63 kg dadah disyaki syabu yang dianggar bernilai RM1.7 juta dalam tangkapan lewat malam tadi dan awal pagi ini, yang merupakan rampasan dadah terbesar di Sarawak sehingga kini.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Negeri Datuk Chai Khin Chung berkata dalam tangkapan pertama di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching di sini kira-kira pukul 11.30 malam tadi, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dengan kerjasama Jabatan Kastam menahan seorang wanita selepas menemui 6.5kg dadah disyaki syabu dalam beg pakaiannya.

Beliau berkata dadah yang dibungkus kemas itu disembunyikan di satu ruang rahsia dalam beg pakaian itu, dan ada juga bungkusan kecil dadah yang disembunyikan dalam beberapa pasang kasut yang terdapat dalam beg berkenaan.

Katanya tindakan susulan polis membawa kepada penangkapan seorang lagi lelaki di sebuah hotel di bandar raya ini kira-kira pukul 3.30 pagi tadi, dan merampas 3.13kg lagi dadah disyaki syabu.

“Kedua-dua suspek yang berumur sekitar 40-an itu kini direman sehingga 13 November bagi membantu siasatan,” katanya dalam sidang media di pusat media Ibupejabat Polis Kontinjen Negeri di sini.

Chai berkata kes sedang disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Beliau berkata siasatan mendapati kedua-dua suspek berlepas dari Hong Kong semalam dengan penerbangan berasingan, dan dadah yang dibawa mereka dipercayai bukan untuk tujuan pasaran tempatan.

Katanya polis percaya dua warga asing itu adalah dari satu sindiket mengedar dadah, dan pihaknya sedang menyiasat sekiranya masih ada saki baki anggota sindiket berkenaan yang masih berada dalam negara.

Menurutnya siasatan mendapati ini merupakan kali kedua wanita itu sampai ke Kuching.

Chai seterusnya meminta orang ramai agar dapat bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam menyalurkan sebarang maklumat yang dirasakan dapat membantu dalam usaha membanteras kegiatan pengedaran dadah. – BERNAMA

Tags: kes dadahpolis
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd