• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Larang Kutip Kerang, Dah 4 Orang Nyaris Mati Lemas

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MARANG – Pantai Rusila hingga Pulau Kekabu di sini, yang menjadi tumpuan ramai berikutan ‘fenomena kerang’ menyebabkan empat remaja hampir lemas selepas dihanyutkan ombak.

kerang3

kerang1

kerang2

Kredit Gambar

Berikutan itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Risikin Satiman memberi amaran dan melarang orang ramai menjalankan aktiviti di sepanjang pantai berkenaan, berikutan keadaan ombak dan cuaca tidak menentu ketika musim tengkujuh yang boleh mengundang bahaya.

Larangan itu berkuat kuasa serta merta dan semua pihak diminta memberi kerjasama bagi mengelak kejadian sama berulang.

“Dalam tempoh tiga hari, empat remaja nyaris lemas selepas dihanyutkan ombak ketika mengutip kerang dan kita tidak mahu kejadian sama berulang lagi.

“Selain penduduk di kawasan setempat, orang ramai dari kawasan berhampiran turut ghairah mengutip hidupan itu sambil membawa anak-anak mereka.

“Malah, ada kalangan mereka turut mengambil kesempatan berniaga dengan menjual makanan dan minuman serta pakaian di lokasi berkenaan tanpa memikirkan keselamatan mereka.

“Oleh itu, kita minta mereka hentikan sebarang kegiatan di pantai berkenaan yang boleh membahayakan nyawa mereka,” katanya ketika dihubungi BH di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 3.30 petang semalam, dua remaja berusia 15 tahun dari Pasir Panjang, Kuala Terengganu nyaris lemas selepas dihanyutkan ombak ketika mencari kerang yang terdampar di pantai berkenaan sejak Jumaat lalu.

Malah, sebelum itu, dua pelajar sebuah pusat pengajian tinggi berusia 19 tahun dari Kampung Merbau Patah, Kuala Terengganu juga hampir lemas di pantai sama kira-kira jam 11.20 pagi kelmarin selepas dihanyutkan ke tengah laut.

Bagaimanapun, semua mangsa berjaya diselamatkan orang ramai yang kebetulan berada di tempat kejadian sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu dan Klinik Kesihatan Marang untuk rawatan.

Risikin berkata, sejak fenomena ribuan kerang terdampar di pantai berkenaan Jumaat lalu, orang ramai memenuhi kawasan itu untuk mengutip hidupan itu tanpa memikirkan keselamatan mereka.

Beliau berkata, keadaan ombak dan cuaca yang tidak menentu ketika ini tidak sesuai untuk sebarang aktiviti pantai seperti mandi, berkelah dan mengutip kerang kerana bimbang kejadian buruk berlaku.

“Bukan niat polis untuk menghalang kerana tahu mereka mahu mencari rezeki, tetapi keselamatan dan nyawa adalah lebih penting dalam keadaan sekarang. Jadi, saya harap orang ramai dapat mematuhi arahan dikeluarkan demi kebaikan semua pihak,” katanya.
– BH Online

Tags: polis
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd