• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Kelantan Tumpas Sindiket Pengedaran Dadah

oleh Ahmad Albab
26/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BAHARU – Polis Kelantan berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah yang bergiat aktif di negeri ini berikutan penahanan lima suspek dalam dua serbuan semalam, membabitkan nilai rampasan dadah sebanyak RM344,500.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata tangkapan pertama dilakukan pada 3.50 petang di Lubok Jong Pasir Mas dan seorang lelaki berusia 31 tahun ditahan.

“Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan yang dinaiki lelaki itu polis telah menemui satu bungkusan mengandungi sembilan paket plastik berisi 1,780 pil kemerahan dan 18 pil kehijauan,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di sini hari ini.

Katanya selain merampas kesemua pil kuda yang bernilai RM44,500 itu pihaknya turut merampas wang tunai dipercayai hasil jualan dadah sebanyak RM1,500 daripada lelaki berkenaan.

Mazlan berkata susulan daripada tangkapan itu satu lagi serbuan dilakukan di sebuah rumah di Taman Desa Tasmin, Rantau Panjang dan berjaya menahan empat lagi suspek pada 5.10 petang.

“Dalam serbuan itu seorang lelaki warga Thailand, seorang perempuan Melayu dan dua lelaki Melayu berjaya ditahan dan kesemua mereka berumur antara 16 dan 52 tahun,” katanya.

Katanya pihak polis juga telah menemui satu kotak berisi bungkusan dadah disyaki syabu seberat satu kilogram dengan anggaran nilai RM300,000.

Dalam serbuan itu polis turut merampas lima buah kereta bernilai RM61,300 selain wang tunai berjumlah RM2,300.

Katanya mondus operandi sindiket terbabit ialah melakukan kegiatan jenayah dengan berselindung di sebalik sebuah syarikat jualan tayar dan kereta terpakai bagi mengaburi pihak berkuasa.

Mazlan berkata pihaknya percaya sindiket itu bergiat aktif membekalkan dadah ke negeri pantai timur.

Kesemua suspek ditahan reman sehingga 2 Dis ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – BERNAMA

Tags: polis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon kepada anggota tentera, polis dan seluruh warga pasukan keselamatan...

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd