• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Piala AFF: Mulut Pengkritik ‘Kena Kunci’ Sementara

oleh Ahmad Albab
01/12/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Kejayaan Harimau Malaya mara ke separuh akhir Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki 2014 menutup mulut pengkritik bola sepak tempatan yang kerap menyoal kemampuan skuad negara.

Kemenangan 3-1 ke atas tuan rumah, Singapura di Stadium Nasional, Singapore Sports Hub, semalam, sudah tentu menggembirakan seluruh peminat bola sepak tanah air.

Ia sekali gus mencerahkan peluang Malaysia mengulangi kejayaan 2010 selepas menumpaskan Indonesia 4-2 secara agregat dalam perlawanan akhir.

Laungan puluhan ribu penyokong Singapura langsung tidak menggentarkan hampir 1,000 penyokong negara termasuk sebahagian besar penyokong tegar, Ultras Malaya yang sentiasa berada di belakang pemain ketika saat suka dan duka.

Lebih manis, skuad Harimau Malaya berjaya membalas dendam kekalahan 0-3 kepada lawan yang sama di hadapan puluhan ribu penyokong Malaysia pada edisi 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Ramai pengkritik serta peminat bola sepak negara sebelum ini, menyoal kemampuan skuad kendalian Dollah Salleh itu untuk melepasi peringkat kumpulan apa lagi diundi bertemu juara tiga kali, Thailand serta Singapura selaku juara bertahan dan Myanmar.

Kegagalan demi kegagalan dalam beberapa aksi pemanas badan termasuk tumpas 0-3 kepada skuad Bawah 23 tahun Syria di Stadium Shah Alam pada 12 November lalu turut membimbangkan peminat bola sepak tempatan.

Mengimbas pencapaian skuad Harimau Malaya pada edisi ke-10 kejohanan itu kali ini, mereka bermula dengan langkah hambar selepas terikat tanpa jaringan menentang Myanmar pada aksi pembukaan, 23 November lalu.

Langkah sumbang Malaysia berterusan selepas dikecewakan pada minit terakhir menerusi penyerang gantian Thailand, Adisak Kraisorn yang menyaksikan merekakalah 2-3 kepada skuad ‘Gajah Perang’ itu, tiga hari kemudian.

Skuad negara, bagaimanapun menebus kembali kekecewaan dengan kemenangan ke atas Singapura pada aksi terakhir peringkat kumpulan, untuk berdepan juara Kumpulan A, Vietnam pada separuh akhir, awal Disember ini.

Penyokong Malaysia sewajarnya memberi penghargaan kepada Dollah yang menjadi pencetus dalam membawa bola sepak negara, yang agak suram ketika ini kembali ke landasan kejayaan.

Beberapa pengajaran boleh diambil menerusi kejayaan Malaysia melangkah ke separuh akhir seperti semangat patriotik yang tertanam di dalam hati setiap pemain seperti mana yang diungkapkan oleh perancang tengah, Safiq Rahim.

“Kami memberi yang terbaik demi negara tercinta dan kami berjuang bersungguh-sungguh demi lambang bendera (Jalur Gemilang) yang terpahat di dada (jersi),” katanya.

Sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya sentiasa menyokong perjuangan skuad Harimau Malaya dalam mana-mana kejohanan seperti dipamerkan penyokong beberapa buah negara terutama di benua Eropah yang sentiasa menyokong pasukan masing-masing di kala suka dan duka.

Satu lagi perlawanan separuh akhir membabitkan pertemuan antara Thailand yang muncul juara Kumpulan B, berdepan naib juara Kumpulan A, Filipina.

Perlawanan separuh akhir akan dijalankan mengikut format timbal balik, iaitu separuh akhir pertama pada 6 dan 7 Disember manakala separuh akhir kedua pada 10 dan 11 Disember ini. – BERNAMA

Tags: Harimau MalayaPiala Suzuki AFF
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

RENCANA: Masalah Bola Sepak Malaysia Bukan Di Padang, Tapi Mentaliti

RENCANA: Masalah Bola Sepak Malaysia Bukan Di Padang, Tapi Mentaliti

30/03/2026
0

DATUK Dr. Muhamad Akmal Saleh pun puji JDT. Itu realiti yang mungkin buat sesetengah pihak rasa kurang selesa. Bila Akmal...

Rob Friend Dilantik CEO Harimau Malaya

Rob Friend Dilantik CEO Harimau Malaya

31/12/2024
0

Kuala Lumpur : Teka-teki siapa bakal menerajui Harimau Malaya akhirnya terungkai apabila Robert Douglas Friend atau lebih dikenali sebagai Rob...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd