• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perkasa Tak Tunduk Dan Berpegang Kepada Prinsip Perjuangan

oleh Ahmad Albab
10/11/2014
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERUS – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) berpegang teguh kepada prinsip perjuangannya mempertahankan kesucian agama Islam, Akta Hasutan demi keselamatan negara dan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa yang menyatukan bangsa di negara ini, kata Presidennya Datuk Ibrahim Ali.

Beliau berkata pertubuhan itu juga turut berjuang untuk mendapatkan keadilan ekonomi bagi Bumiputera khususnya orang Melayu dan memperkasakan institusi raja-raja Melayu.

“Kita tidak gentar apa sahaja tuduhan dan tohmahan mahupun fitnah yang dilemparkan terhadap Perkasa kerana semua pihak tahu, dari segi rekod, Perkasa adalah sebuah pertubuhan yang bersih berjuang mengikut landasan undang-undang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Persidangan Agung Khas Perkasa Parlimen Kuala Nerus di sini yang turut dihadiri Yang Dipertua Perkasa Terengganu Datuk Ismail Saamah dan 200 anggota Perkasa.

Ibrahim berkata, Perkasa tidak pernah melakukan tindakan yang boleh menggugat keselamatan negara, malah kebanyakan persepsi buruk yang dilemparkan kepada pertubuhan itu adalah hasil daripada berita-berita yang diputar belit terutama menerusi media sosial.

Katanya, Perkasa tetap bersabar dengan segala tohmahan dan akan terus menongkah arus dengan penuh istiqamah dalam menghadapi pelbagai cabaran serta ujian bagi menggalas perjuangan demi agama, bangsa dan negara.

“Dalam hal ini, kita tetap bersikap kritikal dan saya yakin anggota Perkasa juga mempunyai semangat jati diri dan patriotisme yang tinggi dalam menghadapi cabaran semasa,” katanya.

Mengulas isu semasa termasuk provokasi berhubung isu bakar Bible yang dibangkitkan oleh sebuah akhbar berbahasa Inggeris baru-baru ini, dengan nada sinis Ibrahim berkata “mana-mana pihak yang cuba menyebar tuduhan, fitnah atau tohmahan terhadap pertubuhan itu perlu menerima akibat daripada perbuatan mereka kerana Perkasa tahu bila hendak bertindak dan ia tidak akan terjerat”.

Menurutnya walaupun pelbagai tohmahan dilemparkan, sokongan umat Islam terhadap Perkasa semakin bertambah malah turut menerima keanggotaan dalam jumlah yang bukan sedikit setiap hari.

“Lagi banyak mereka menyerang Perkasa, lagi banyak untung kepada Perkasa kerana tohmahan dan fitnah yang dilemparkan, menjadi faktor kepada kekuatan anggota Perkasa dan orang Melayu secara umumnya,” katanya. – BERNAMA

Tags: PERKASA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

AGRA, GPMS, PERKASA Batal Perhimpunan Bantah Dong Zong

28/12/2019
0

KUALA LUMPUR - Angkatan Gerak Minda Malaysia (AGRA) bersama dua lagi pertubuhan bukan kerajaan, membatalkan Himpunan Julang Perlembagaan ‘Rempuh 2812’...

Peguam Negara Digesa Henti Ganggu Perbicaraan Adib

20/04/2019
0

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menggesa Peguam Negara, Tommy Thomas untuk membatalkan pengakuan bersumpah Timbalan Pendakwa Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd