• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penjawat Awam Perlu Sentiasa Jaga Integriti

oleh Ahmad Albab
09/11/2014
dalam Terkini
1
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI PETANI – Penjawat awam di negara ini diingatkan agar sentiasa mementingkan integriti dalam melaksanakan tugasan seharian bagi menjaga imej perkhidmatan awam dan negara.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata walaupun terdapat sebilangan kecil penjawat awam yang ditangkap pihak berkuasa kerana tidak ada integriti, namun beliau percaya ramai lagi penjawat awam yang berinteriti tinggi.

“Dalam kerangka perkhidmatan awam, kita mahu dalam apa juga yang kita buat, kena pentingkan integriti. Setiap penjawat awam kena ada integriti. Di mana-mana juga kita mesti menjaga integriti.

Saya yakin kebanyakan penjawat awam mempunyai integriti yang tinggi. Integriti akan menunjukkan yang kita bekerja untuk negara. Kalau tidak ada integriti tentu perkhidmatan awam akan musnah, sebab itu kita kena jaga integriti,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Semarakkan Transformasi dan Jelajah GST4U peringkat negeri Kedah, di sini, hari ini.

Terdahulu dalam ucapannya, Mohamad Zabidi berharap agar 1.5 juta penjawat awam di negara ini dapat membantu kerajaan melaksanakan dasar kerajaan berhubung Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP), dengan memberi penerangan mengenainya kepada ahli keluarga, sahabat dan komuniti.

“Penjawat awam sama ada di peringkat persekutuan atau negeri perlu memainkan peranan sebagai pelaksana dan jurucakap dasar-dasar kerajaan, memahami dengan jelas dasar yang diperkenalkan dan membantu kerajaan mempertingkatkan kesedaran di kalangan rakyat mengenai dasar-dasar yang diperkenalkan.

Jika 1.5 juta penjawat awam dapat menerangkan kepada ahli keluarga dan rakan, terdapat kesan berganda yang boleh memberi impak yang besar terhadap kefahaman dan pengetahuan mengenai dasar-dasar yang ingin dilaksanakan kerajaan,” katanya.

Mohamad Zabidi berkata penjawat awam khususnya di peringkat negeri, perlu meletakkan diri mereka sebagai saluran penghubung antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri dalam menyalur dan memperjelaskan maklumat mengenai dasar kerajaan kepada masyarakat.

“Penjawat awam ialah tiang seri negara yang perlu memainkan peranan untuk memastikan dasar kerajaan dapat dilaksanakan dengan baik,” katanya.

Siri jelajah GST4U dianjurkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bersama Kementerian Kewangan, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, pada tahun ini. – BERNAMA

Tags: Penjawat Awam
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menafikan imej palsu di media sosial yang mendakwa Datuk Seri Mohamad...

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan kaedaah pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) secara berperingkat bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan susulan konflik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd