• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Millah Abraham: Pengusaha Bengkel Mengaku Salah

oleh Ahmad Albab
10/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang pengusaha bengkel mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini terhadap pertuduhan mengembangkan kepercayaan agama yang dikenali sebagai ajaran Millah Ibrahim@Abraham.

Kamarudin Annuar, 48, membuat pengakuan itu ketika kesnya disebut di hadapan Hakim Syarie Ibrahim Deris.

Mengikut pertuduhan, Kamarudin didakwa mengembangkan doktrin atau kepercayaan agama selain agama Islam yang dikenali sebagai ajaran Millah
Ibrahim@Abraham di premis perniagaan, tingkat 2, B-2-3, Blok B, Jalan 2/142A, Megan Phoenix, Jalan Cheras di sini antara 9 hingga 9.25 malam, 20 Okt lepas.

Tertuduh lain iaitu pasangan suami isteri Mohamad Harizal Kamaruddin, 36, dan Nur Ridah Osman, 26, turut mengaku bersalah terhadap pertuduhan bersubahat mengambil bahagian dalam majlis mengembangkan kepercayaan itu di tempat dan  masa yang sama.

Pertuduhan terhadap Kamarudin dibuat mengikut Seksyen 5, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan 1997) yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya.

Pertuduhan terhadap Mohamad Harizal dan Nur Ridah pula dibuat mengikut Seksyen 43(b), Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan 1997) yang membawa hukuman sama.

Bagaimanapun, mahkamah menangguhkan hukuman ke atas mereka sehingga 10 Dis ini bagi meneliti hujahan dan dokumen berkaitan.

Sementara itu, lima tertuduh iaitu Johan Haruna, 40; Mahamad Azhari Tajudin, 43; dan isterinya yang sarat mengandung Liliwati Eden, 36; Anuar Zainal, 47, dan Kamalia Mohamed Taib, 34, yang membuat pengakuan tidak bersalah terhadap  pertuduhan sama pada 6 Nov lepas masih mengekalkan pengakuan mereka.

Peguam Siti Maisarah Hashim, mewakili kelima-lima tertuduh itu, memohon supaya semua anak guamnya yang sebelum  ini ditahan di penjara, dilepaskan dengan jaminan atas alasan mereka memberi kerjasama yang baik, sehingga selesai perbicaraan.

Empat lagi tertuduh, Zakaria Mat Kasa, 35; Mohd Arif Abd Aziz, 33; Heffy Syamsuar, 32; dan Abdul Azim Abdullah,  29, gagal menghadiri prosiding hari ini, dan mahkamah memerintahkan penjamin masing-masing memastikan kehadiran mereka pada prosiding akan datang selain melanjutkan waran tangkap terhadap tertuduh.

Mahkamah turut melanjutkan waran tangkap terhadap dua lagi tertuduh iaitu Amirol Hafiz Mohd Samad, 24, dan Aizul Farikh Zainal Abidin, 39, serta memerintahkan waran tangkap dikeluarkan ke atas penjamin kerana tidak hadir di mahkamah dan gagal dikesan.

Hakim Ibrahim kemudian membenarkan semua tertuduh yang hadir diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin setiap seorang dan menetapkan tarikh sama (10 Dis) untuk sebutan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Syarie Kanan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Zainor Rashid Hassin.

Semua tertuduh ditahan Jawi dalam serbuan pada 20 Okt lepas atas maklumat terdapat kumpulan mengembangkan ajaran agama berunsur campuran antara agama Islam, Kristian dan Yahudi. – BERNAMA

Tags: Ajaran Sesat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ajaran Sesat Tidak Pernah ‘Tidur’, Terus Dipantau

Ajaran Sesat Tidak Pernah ‘Tidur’, Terus Dipantau

03/01/2026
0

KUALA TERENGGANU: Sebanyak 14 ajaran difatwakan sesat dikesan masih aktif di negara ini, dengan semuanya berada dalam pemantauan pihak berkuasa....

Ajaran `The Ahmadi Religion Of Peace And Light’ Diputuskan Sesat

Ajaran `The Ahmadi Religion Of Peace And Light’ Diputuskan Sesat

31/12/2024
0

KUALA LUMPUR : Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) memutuskan ajaran The Ahmadi Religion of...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd