• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, December 7, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peminat ‘Sound’ Prestasi, Safee Sali Mengamuk Di Instagram

oleh AK-47
30/11/2014
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

Minat rakyat negara ini terhadap prestasi sukan bola sepak tempatan yang semakin memuncak pada tahun kebelakangan ini adalah satu perkembangan menarik.

Begitu pun sudah jadi adat dalam dunia sukan, caci nista adalah lumrah bermain di bibir penyokong.

Ramai yang mempunyai sikap bila menang bukan main lagi pasukan dan pemain kegemaran disanjung tapi bila kalah, dihina tak cukup tanah!

Antara pemain bola sepak kebangsaan yang menjadi mangsa mentalitili sebegini adalah Safee Sali yang pernah dinobatkan sebagai penyarung ‘golden boot’ pada Piala AFF 2010.

Namun kini apabila prestasi Safee dikatakan semakin menurun maka banyaklah kritikan diberikan. Sesetengahnya mungkin masih boleh dihadapi oleh pemain ini dengan sabar namun bila ada yang menegur terlalu keras sampai tahap memalukan, pemain bola pun manusia biasa yang tahu marah kan?

Contohnya pendapat negatif yang diutarakan peminat bola sepak tempatan di ruangan komen Instagram baru-baru ini, benar-benar membuatkan Safee hangin.

Ia bermula daripada sekeping gambar yang dimuat naik di Instagram teammsia memaparkan Safee sedang berusaha melepasi pertahanan Thailand ketika perlawanan Piala AFF lalu bertanyakan komen peminat tentang prestasi Safee pada malam tersebut.

Maka banyaklah yang memberi komen termasuk yang agak keterlaluan ayatnya.

safeemarah0

Padahnya, Safee terus memberikan jawapan balas berbunyi:

safeemarah

 

“Yang komen kat sini pernah ke main bola kat international level.. kalau tak pernah better shut up.. jangan nak perlekehkan usaha orang menjaga maruah negara.. IF YOU SHAME TO SUPPORT HARIMAU MALAYA BETTER YOU CHANGE ANOTHER FLAG..”

Komen ini turut ditandakan Safee dengan nama peminat bola yang telah melemparkan kata-kata negatif kepadanya di ruangan komen gambar tersebut.

Kepada peminat bola sepak tanah air, kami sendiri berpendapat tidak salah untuk menegur pemain kebangsaan yang dilihat semakin meleweh prestasinya, tapi gunakanlah kata-kata berhemah.

Lagi pun tak ada siapa mahu kalah apatah lagi bila ia membabitkan imej negara. Teruskan sokongan kepada Harimau Malaya, mudah-mudahan satu hari nanti Malaysia akan muncul sebagai pasukan yang digeruni lawan. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: REM RAMZI

Tags: Harimau MalayainstagramSafee Sali
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rob Friend Dilantik CEO Harimau Malaya

Rob Friend Dilantik CEO Harimau Malaya

31/12/2024
0

Kuala Lumpur : Teka-teki siapa bakal menerajui Harimau Malaya akhirnya terungkai apabila Robert Douglas Friend atau lebih dikenali sebagai Rob...

Tunku Mahkota Ismail Garis Kriteria CEO Harimau Malaya

Tunku Mahkota Ismail Garis Kriteria CEO Harimau Malaya

27/12/2024
0

KUALA LUMPUR : Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) skuad Harimau Malaya jelas bukanlah individu yang calang-calang selepas Pemangku Sultan Johor, Tunku...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd