• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembangkang Akan Gagal Gugat Perpaduan Kabinet Sarawak

oleh Ahmad Albab
18/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Perpaduan di Sarawak akan terus kukuh walaupun ada cubaan oleh pembangkang untuk menggugatnya atas isu ikrar integriti yang cuba digembar-gemburkan mereka, kata Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem di sini Selasa.

Beliau berkata menteri dan menteri muda Sarawak sememangnya akan menandatangani ikrar itu, tetapi adalah tidak adil bagi pembangkang menuduh kononnya ada sesuatu yang cuba mereka sembunyikan, menyebabkan ikrar itu tidak ditandatangani.

“Sebarang cubaan oleh pembangkang untuk melaga-lagakan saya dan anggota Kabinet saya akan gagal dan akan sentiasa gagal. Kami bukannya bodoh untuk mendengar (tuduhan-tuduhan) mereka. Kami berpegang kepada perpaduan Kabinet,” katanya pada sidang akhbar di sini.

Adenan berkata anggota-anggota Kabinet negeri akan menandatangani ikrar itu selepas semua jabatan kerajaan negeri, badan-badan berkanun dan syarikat serta anak syarikat yang berkaitan telah menandatangani ikrar integriti masing-masing yang telah diperakui Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Untuk mendapatkan perakuan terhadap ikrar-ikrar itu, katanya, badan-badan kerajaan itu perlu melalui suatu proses yang dipantau oleh SPRM dan beliau berharap proses ini akan disegerakan sebelum dipanjangkan kepada menteri-menteri dan menteri muda. – BERNAMA

 

Tags: Adenan Satempembangkang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Firdaus Wong Tegaskan Pendirian Neutral, Tidak Pro Mana-Mana Pihak

Firdaus Wong Tegaskan Pendirian Neutral, Tidak Pro Mana-Mana Pihak

24/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung menegaskan beliau dan rakan-rakannya tidak berpihak kepada mana-mana blok politik, sebaliknya...

Rakyat Berhak Tahu Kebenaran, Bukan Terperangkap Fitnah Pembangkang – PM Anwar

Rakyat Berhak Tahu Kebenaran, Bukan Terperangkap Fitnah Pembangkang – PM Anwar

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pimpinan dan anggota parti itu di setiap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd