• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat China Bunuh Diri, Elak Peraturan Mayat Mesti Dibakar

oleh AK-47
04/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Dua kakitangan awam di Guangdong, China didapati membeli mayat daripada pencuri semata-mata untuk memenuhi tuntutan minimum jumlah mayat yang dibakar, mengikut kuota ditetapkan kerajaan China.

Mayat-mayat ini diperoleh pencuri selepas menggali tanah perkuburan.

Difahamkan, lebih 20 mayat telah dikeluarkan dari tanah perkuburan oleh pencuri yang menjalankan kerja jahat ini pada waktu malam, lapor agensi berita Xinhua.

BACA – Perasuah Simpang Wang RM109 Juta Di China

Kedua-dua pegawai tempatan yang ditahan dikenali hanya dengan nama He dan Dong.

Mereka memberitahu pihak polis, mayat-mayat itu dibeli untuk memenuhi kuota jumlah mayat yang perlu dibakar di daerah itu, mengikut ketetapan oleh kerajaan.

Dong membayar 3,000 Yuan (RM1,617.99) satu mayat untuk 10 mayat. Manakala He pula membayar separuh harga Dong tetapi tidak diketahui jumlah mayat yang dibelinya.

China mempunyai sejarah yang terkenal dalam aspek menghormati nenek moyang dan banyak kepercayaan tradisional di sana mengatakan bahawa badan yang lengkap perlu untuk kehidupan selepas mati yang tenang.

Oleh itu, pengebumian merupakan pilihan utama keluarga di China untuk ahli keluarga mereka yang meninggal dunia termasuk membina kubur sebagai tanda.

Bagaimanapun, kerajaan China telah melancarkan kempen menggalakkan pembakaran mayat bagi menjimatkan tanah untuk digunakan sebagai projek pertanian dan pembangunan.

Oleh itu pihak berkuasa memperkenalkan kuota minimum jumlah mayat yang mesti dibakar di sesuatu daerah.

Hal ini membuatkan terdapat rakyat China yang bertindak mengebumikan ahli keluarga secara rahsia untuk mengelak daripada peraturan itu.

Lebih menyayat hati, enam warga tua di wilayah timur Anhui dilaporkan media tempatan pada Mei telah membunuh diri untuk memastikan mereka mati sebelum peraturan pembakaran mayat dikuatkuasakan sepenuhnya.

Kegiatan mencuri mayat untuk memenuhi kuota terbongkar sejak Jun lepas apabila seorang lelaki di Beiliu dalam kawasan Guangxi yang terletak bersebelahan Guangdong di selatan China, membuat laporan bahawa mayat datuknya dicuri. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K 

Tags: ChinaMayat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ekyn.Wong Muat Naik Kenyataan Permohonan Maaf Isu Tular Ketika Bercuti Di China

Ekyn.Wong Muat Naik Kenyataan Permohonan Maaf Isu Tular Ketika Bercuti Di China

20/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Akaun Tiktok ekyn.wong hari ini memuat naik kenyataan permohonan maaf oleh individu bernama Nur Asyiqin Mohd Dalil...

Wanita Tular Isu Percutian Di China Tampil Pertahan Diri, Serah Kepada Tindakan Undang-Undang

Wanita Tular Isu Percutian Di China Tampil Pertahan Diri, Serah Kepada Tindakan Undang-Undang

19/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  KUALA LUMPUR, 19 Jun 2026 – Wanita yang tular susulan sebuah klip video ketika berada di China tampil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd