Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

TVET Lonjak Potensi Usahawan

Sungai Petani : Bermula dengan sebidang tanah seluas 0.2 hektar, seorang usahawan muda...

1,472 Positif Covid-19, 3...

KUALA LUMPUR - Hari pertama Disember terus mencatatkan peningkatan kes Covid-19 di Malaysia...

WHO Cabar Pengkritik Siasatan...

GENEVA - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengecam pengkritik siasatan terhadap asal usul wabak...

Pemeriksaan Haid Secara Fizikal...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) memandang serius dakwaan berhubung terdapat amalan pemeriksaan...

PDRM Beri Amaran Kepada Penyokong Anwar

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim menghormati proses perundangan yang sedang dihadapi ketua pembangkang tersebut di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun berkata, proses perundangan ke atas Anwar itu dalam konsep kedaulatan undang-undang seperti yang termaktub dalam Rukun negara.

Justeru, katanya, penyokong Anwar diminta memberi kerjasama kepada pihak mahkamah dalam membuat keputusan kes liwat tersebut bagi memberi keadilan kepada pihak yang terlibat dalam rayuan kes berkenaan.

“Mereka diminta agar bertenang dan menerima apa jua keputusan yang dibuat oleh mahkamah kelak. Mereka juga dinasihatkan tidak mengambil tindakan ditangan sendiri.


“Melakukan perarakan, kekacauan, rusuhan atau pecah keamanan bagi menghalang proses undang-undang merupakan satu kesalahan jenayah,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.;

Mohamad Fuzi berkata, pihak polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas bagi memastikan proses perundangan berjalan dengan adil dan teratur bagi menjamin keselamatan dan kenteteraman awam terus terjamin. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori