• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penerjun Negara, Pandelela Rinong Kemalangan

oleh Ahmad Albab
25/11/2014
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENERJUN negara Pandelela Rinong terbabit dalam kemalangan di Jalan Mahameru arah Sentul berhampiran Bangunan Parlimen, awal pagi tadi.

Kemalangan

Dalam kejadian pada 1 pagi itu, Pandelela yang dalam perjalanan ke Pusat Sukan Bukit Jalil tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur Deputi Superintendan S Markandan berkata, kejadian berlaku apabila mangsa cuba mengelak sebuah kereta yang menukar arah laluan secara tiba-tiba.

Menurutnya, mangsa yang memandu kereta model Chevrolet hilang kawalan lalu merempuh pembahagi jalan.

“Bagaimanapun, mangsa selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya, memetik laporan Metro Online.

Untuk rekod Pandelela pernah menerima dua buah kereta Chevrolet daripada Kumpulan Naza sebagai hadiah mendapatkan negara pingat gangsa menerusi acara terjunan di Olimpik London 2012.

Pandelela di samping Chevrolet Colorado yang dihadiahkan kepada bapanya.
Pandelela di samping Chevrolet Colorado yang dihadiahkan kepada bapanya.

Pertama, Chevrolet Colorado yang diterima Pandelela sebaik sahaja pulang ke Kuching selepas Olimpik London. Kereta ini bagaimanapun dihadiahkan pula gadis Bidayuh ini kepada bapanya, Pamg Joheng untuk digunakan di kampung.

Chevolet Sonic
Pandelela diberikan keistimewaan sebagai pemilik pertama Chevolet Sonic di negara ini oleh NAZA.

Kereta kedua pula, Chevrolet Sonic berharga RM78,888 yang digunakan Pendelela selepas berjaya memperoleh lesen memandu. – MYNEWSHUB

Tags: kemalangan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

26/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ALOR GAJAH – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan seorang lelaki yang ditemukan meninggal dunia di Kilometer 198.5...

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub  SHAH ALAM – Misteri kehilangan seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja akhirnya terungkai dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd