Saturday, May 18, 2024

Creating liberating content

Maharaja Lawak Mega Antara...

PASTI ramai dalam kalangan kita pada hari ini akan bersetuju sekiranya rancangan realiti...

Lagi Kes Culik, Bayi...

SEBUAH perkongsian di Facebook mendapat perhatian ramai apabila mendakwa, keluarga adik lelakinya nyaris putih mata...

PRN Johor: 17 Kertas...

JOHOR BAHRU: Sebanyak 17 kertas siasatan dibuka manakala 405 permit telah diluluskan di...

10 Pelajar MRSM Parit...

REMBAU - Sepuluh pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Parit, Perak yang terlibat...

Nekad Bunuh Diri, Lelaki Patahkan Leher Sendiri Di Pagar

Entah apa yang bermain di minda seorang lelaki hingga sanggup melakukan perbuatan sedemikian di hadapan orang ramai yang sedang beratur untuk mendapatkan hidangan tengah hari, di sebuah restoran makanan segera.

Dalam kejadian ngeri yang berlaku di utara timur bandar Sumy, Ukraine ini, seorang lelaki bertindak luar batasan apabila menghentak kepalanya pada pagar, kemudian memulas leher sendiri sehingga patah.

Menurut portal luar negara Mail Online, lelaki tersebut sedang berbaris untuk membeli makanan sebelum dia tiba-tiba beredar dari restoran tersebut.

Salah seorang saksi, Murad Loginov berkata, kejadian terlaku di Jalan Cathedral ketika pelanggan beratur untuk membeli pizza dan burger.

Keadaan sibuk ketika itu, saya nampak dia sudah hampir tiba di kaunter untuk memesan makanan. Dia kemudian bercakap di telefon bimbit dengan kuat tentang tidak mendapat pekerjaan.

“Saya menyangka dia bercakap dengan ibu atau teman wanitanya. Ketika tiba di kaunter, dia masih lagi bercakap di telefon lalu dia menyambung perbualan di luar selepas itu.”

Selang beberapa minit, Loginov berkata dia terdengar jeritan dan kekecohan di luar. Ramai pelanggan menyerbu ke tingkap restoran untuk melihat situasi yang sedang berlaku.


CEN_FenceDeath_03.jpg CEN_FenceDeath_05.jpg

Saya melihat tubuh mangsa layu dan tersangkut di atas pagar manakala lehernya terkulai dalam posisi yang tidak sepatutnya di situ.

“Ya, dia menghentakkan kepalanya di pagar itu dan memusing tubuh sehingga lehernya patah. Ia merupakan kejadian yang sangat mengerikan.”

Bandar Sumy terletak berhampiran kawasan ketegangan etnik yang menyebabkan kawasan tersebut terpisah di bawah kekuasaan kerajaan Ukraine dan Rusia.

Hal ini menyebabkan ekonomi serantau terjejas dan ramai rakyatnya menganggur. Sehingga kini, polis masih belum dapat mengenalpasti identiti mangsa. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori