• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nelayan Rugi RM80,000, Bot Dan Peralatan Menangkap Ikan Dicuri

oleh Ahmad Albab
01/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Tujuh nelayan kerugian kira-kira RM80,000 setelah bot, enjin dan beberapa peralatan menangkap ikan mereka dicuri awal pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Jeti Nelayan Tradisional Klebang Besar, Md Said Adam berkata peralatan yang dicuri itu termasuk empat buah bot gentian kaca, tujuh buah enjin, sebuah mesin menggulung jaring, dua set jaring dan tong minyak.

Katanya kejadian disedari seorang nelayan yang hendak ke laut pada puku 6 pagi.

“Seorang pemancing mendakwa melihat sebuah bot menunda keluar lapan buah bot dari jeti ini tanpa menggunakan lampu kira-kira 5 pagi tadi, tetapi mereka menyangka ia tindakan nelayan di sini,” katanya yang juga kerugian kira-kira RM4,500 akibat kehilangan sebuah enjin bot.

Bagaimanapun, katanya pihaknya menemui empat bot tanpa enjin di kawasan muara Sungai Klebang yang dipercayai telah ditinggalkan.

Seorang lagi nelayan, Rashid Md Zin, 42, berkata dia kehilangan sebuah bot gentian kaca yang baharu dibeli kira-kira tiga minggu lepas beserta sebuah enjin dan sebuah mesin menggulung jaring bernilai lebih RM20,000.

“Selain hilang punca pendapatan, saya juga terpaksa menanggung bayaran ansuran bulanan bot, peralatan serta enjin kira-kira RM500 sebulan,” katanya.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Shaikh Abdul Adziz Shaikh Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu.

Dalam pada itu, Anggota Dewan Undangan Negeri Klebang Datuk Lim Ban Hong berkata beliau akan berhubung dengan Jabatan Perikanan negeri Melaka bagi melihat bantuan yang boleh disalur kepada semua nelayan terlibat.

“Saya akan meminta pihak Jabatan Laut dan polis mempergiatkan rondaan terutamanya di kawasan jeti nelayan bagi mengelak kejadian sama daripada berulang selain jawatankuasa nelayan di sini juga diminta menubuhkan skuad keselamatan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Nelayan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menegaskan adalah menjadi kewajipan kerajaan membantu golongan nelayan...

Maritim Selamatkan Tiga Nelayan Indonesia, Bot Dinaiki Hanyut

Maritim Selamatkan Tiga Nelayan Indonesia, Bot Dinaiki Hanyut

05/07/2024
0

KUANTAN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pahang berjaya menyelamatkan tiga nelayan warga Indonesia selepas bot dinaiki mereka mengalami...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd