• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Sifatkan Pairin Patriot Malaysia Sejati

oleh Ahmad Albab
16/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menyifatkan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, sebagai patriot Malaysia yang sejati kerana pendirian teguhnya untuk memastikan Sabah terus berada dalam Malaysia.

Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, pengakuan terbuka dan tegas Pairin di hadapannya itu adalah kenyataan yang sangat tinggi nilai baginya sebagai Perdana Menteri Malaysia yang mengepalai pentadbiran sebuah negara berasaskan persekutuan.

“Saya telah mendengar ucapan Presiden PBS sebentar tadi. Saya meneliti ucapan beliau dengan khusyuk dan saya telah merakamkan butir-butir yang dibangkitkan oleh Tan Sri Pairin Kitingan. Beliau telah menyentuh sebelas perkara.

“Dalam banyak-banyak perkara yang paling tinggi nilainya ialah apabila Tan Sri Pairin Kitingan melahirkan kesanggupan beliau bersama PBS mempertahankan Sabah dalam Malaysia. Pengakuan ini adalah cukup besar ertinya walaupun kita tahu orang yang agak rapat dengan beliau bercakap berlainan di luar.

“Tetapi Tan Sri Pairin dan pemimpin PBS adalah rakan setia kepada Barisan Nasional dan seorang patriot negara Malaysia kerana mencintai negara Malaysia lebih daripada apa-apa pertimbangan yang lain. Terima kasih.

“Tan Sri Pairin, kamu seorang patriot Malaysia yang sejati,” kata Najib yang menerima tepukan gemuruh ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Tahunan PBS Ke-29 di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Likas di sini, hari ini.

Sebelum itu, Pairin, dalam ucapan dasarnya menegaskan bahawa PBS akan berdiri teguh di belakang Perdana Menteri dan BN dalam berdepan dengan sebarang ancaman daripada mana-mana pihak yang cuba mempertikaikan Perjanjian Malaysia dan hubungan baik antara Persekutuan dan negeri serta keutuhan Persekutuan.

“Sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa PBS akan turut bersama-sama dengan Perdana Menteri dalam membanteras mana-mana pihak yang cuba memecahkan Malaysia,” kata Pairin.

Turut hadir, Ketua Menteri Sabah yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Musa Aman; Timbalan Presiden PBS, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Najib berkata, BN mengakui setiap parti komponennya kadang-kadang mempunyai pandangan yang berbeza dalam sesetengah isu dan BN membenarkan anggotanya mengemukakan pandangan secara konstruktif, namun perbezaan pandangan tidak menjejaskan Pairin untuk tetap teguh dengan prinsip asas BN iaitu (Persekutuan) Malaysia mesti dikekalkan.

Najib berkata, beliau bersetuju dengan Pairin bahawa Malaysia tidak boleh ‘bercerai’ kerana Malaysia sudah membuktikan kepada dunia bahawa ia adalah antara negara paling aman meskipun dengan kepelbagaian kepercayaan, agama dan budaya di kalangan rakyatnya.

Katanya, kemampuan Malaysia membangunkan negara majmuk ini sehingga dipandang tinggi masyarakat antarabangsa adalah atas kebijaksanaan kepimpinan negara yang diterajui BN untuk mentadbir negara sejak mencapai kemerdekaan.

Najib berkata, walaupun parti pembangkang di negara ini cuba meniru konsep perkongsian kuasa yang diamalkan BN dan bercita-cita untuk menjadi parti alternatif kepada BN namun ternyata mereka gagal disebabkan perbezaan amat ketara mengenai prinsip perjuangan parti.

“Mereka (parti pembangkang) tidak setanding BN,” katanya.

Bagaimanapun, Najib mengingatkan semua parti-parti komponen BN supaya tidak leka sebaliknya terus memperbaiki apa juga kelemahan yang ada melalui perbincangan konstruktif bagi memastikan BN terus kukuh untuk menerajui negara ini. – BERNAMA

Tags: Najib Tun RazakSabah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

03/03/2026
0

Oleh Mynewshub  TENOM: Sebuah keretapi yang membawa beberapa guru dari Sekolah Kebangsaan Pangi, Tenom dilaporkan mengalami masalah brek gagal berfungsi...

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

18/12/2025
0

KOTA KINABALU: Ketua Menteri , Datuk Seri Hajiji Noor memberi amaran kepada setiausaha politik di negeri ini supaya tidak menyalahgunakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd