• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Rasmikan Perhimpunan Agung UMNO 2014

oleh Ahmad Albab
27/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perhimpunan Agung Umno 2014, yang akan berlangsung selama tiga hari sehingga Sabtu, bermula di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak akan menyampaikan ucapan dasar Presiden di hadapan 2,763 perwakilan Umno dari seluruh negara, dan seterusnya merasmikan perhimpunan parti terbesar orang Melayu.

Acara perhimpunan bermula pada 8 pagi, berlangsung dengan upacara menaikkan bendera Jalur Gemilang dan Umno, nyanyian lagu Negaraku dan lagu parti “Bersatu, Bersedia, Berkhidmat” di Plaza Merdeka, sebelum beralih ke Dewan Merdeka.

Berslogan ‘Melayu Bersatu’, perhimpunan tahunan parti yang berusia 68 tahun kali ini akan menyentuh pelbagai isu semasa antaranya Akta Hasutan 1948, sekolah vernakular, isu berkaitan agama dan umat Islam, pembangunan ekonomi, sosial dan perpaduan negara.

Sebanyak 755 usul diterima daripada 191 bahagian Umno untuk dibahaskan membabitkan 638 usul untuk rujukan dan 117 usul tanpa bahas.

Semalam, ketiga-tiga sayap Umno – Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri – mengadakan perhimpunan agung tahunan masing-masing. – BERNAMA

Tags: Najib Tun RazakUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerjasamalah Wahai PAS-UMNO, Jangan Tamak Kerusi

Kerjasamalah Wahai PAS-UMNO, Jangan Tamak Kerusi

06/09/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS dan UMNO diingatkan supaya tidak tamak dalam soal pembahagian kerusi sekiranya benar-benar mahu menjayakan kerjasama politik...

UMNO-PAS Jangan Kecewakan Orang Melayu Lagi

UMNO-PAS Jangan Kecewakan Orang Melayu Lagi

05/09/2026
0

KALAU benar UMNO dan PAS mahu menghidupkan kembali penyatuan ummah buatlah betul-betul. Bercakap soal penyatuan tapi macam-macam cekadaknya. Banyak perbedaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd