• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muka ‘Pecah Rumah’ Buat Hazama Tiada Tawaran Jadi Duta Produk

oleh AK-47
05/11/2014
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

Menjadi seorang artis memang menyeronokkan lagi-lagi bila sering jadi rebutan syarikat untuk dijadikan duta produk.

Duta produk biasanya diambil dalam kalangan artis kerana populariti mereka mampu meningkatkan jualan.

Namun tidak semua artis berpeluang menjadi duta produk dan perkara ini diakui sendiri penyanyi popular Hazama.

Menurut Hazama, dia jarang menerima tawaran daripada mana-mana syarikat untuk menjadi duta atau jurucakap gara-gara tidak memiliki wajah yang kacak dan tampan.

Bagaimanapun, artis kelahiran program realiti Akademi Fantasi ini tidak pernah terasa mahupun berkecil hati atas situasi ini kerana menganggap ia bukan rezeki baginya.

“Diakui, tidak banyak syarikat yang inginkan saya menjadi duta produk mereka. Tetapi saya tak kecil hati kerana fokus utama saya adalah membina nama sebagai penyanyi.

“Cuma ia satu bonus buat seseorang artis jika mendapat tawaran itu. Dan memandangkan trend sekarang banyak produk kecantikan memutihkan muka di pasaran, ‘muka pecah’ macam saya ini, ada ke orang nak saya jadi duta?” kata Hazama dengan nada bergurau.

Bagaimanapun, Hazama atau nama sebenarnya Hazama Ahmad Azmi, 30, memberitahu jika ada mana-mana pihak yang mahu mengambilnya sebagai duta produk dia amat berbesar hati asalkan bersesuaian dengannya.

hazama 1

Jejaka yang suka ketawa ini menambah, dia pernah mendapat tawaran daripada sebuah syarikat  yang mahukan dia jadi duta kopi kesihatan, bagaimanapun terpaksa ditolak dengan baik kerana tidak bersesuaian.

Ini kerana kopi kesihatan tersebut khas bagi lelaki yang sudah berkahwin sedangkan dia masih bujang.

Idoklee sampai ‘muka pecah’ Hazama oi! Bagi Akak, Hazama boleh dikategorikan sebagai lelaki yang berwajah manis apa.. - MYNEWSHUB.CC

Oleh: KAKAK BUNGA

Tags: duta produkpenyanyi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

21/12/2024
0

NARATHIWAT: Penyanyi dikir barat dari Kelantan yang didakwa ditahan bersama 6,000 pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok dekat...

32 Penyanyi, Pemuzik Saman PRISM Berhad

32 Penyanyi, Pemuzik Saman PRISM Berhad

13/09/2022
0

SHAH ALAM: Seramai 32 penggiat seni merangkumi penyanyi dan pemuzik memfailkan satu notis usul berserta afidavit bagi mendapatkan kebenaran Mahkamah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd