• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MTN Setuju Harga Minimum Hartanah RM1j Untuk Warga Asing

oleh Ahmad Albab
19/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Majlis Tanah Negara (MTN) hari ini bersetuju supaya harga minimum hartanah yang boleh dibeli oleh warga asing ditingkatkan daripada RM500,000 seunit kepada RM1 juta seunit.

Muhyiddin

Dalam mesyuarat yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini hari ini, MTN bersetuju supaya Garis Panduan Perolehan Hartanah, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri dikuatkuasakan pada 1 Mac 2014.

Kertas mengenai ‘Pengemaskinian Garis Panduan Perolehan Hartanah’ yang menguatkuasakan peningkatan harga minimum hartanah yang boleh dibeli oleh warga asing itu selaras dengan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet 2014.

Garis panduan itu adalah antara empat kertas pertimbangan dan tiga kertas makluman mengenai beberapa dasar penting berkaitan dengan tanah dan perhutanan yang dibincangkan pada mesyuarat MTN ke-70 itu di bangunan Parlimen.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat itu antara yang menghadirinya ialah menteri-menteri kerajaan Persekutuan yang berkaitan termasuk Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G.Palanivel serta semua menteri besar dan ketua menteri.

MTN juga bersetuju dengan ‘Kertas Cadangan Semakan Kadar Cukai Tanah di Semenanjung Malaysia bagi Tahun 2015′ supaya pihak berkuasa negeri menyemak semula kadar cukai tanah sebelum tamat tempoh 10 tahun bermula dari tarikh yang paling terdekat dari tarikh semakan sewa sebelumnya selaras dengan peruntukan Seksyen 101, Kanun Tanah Negara 1965.

Kertas Cadangan Mengenai Impak Aktiviti Perlombongan dan Pengkuarian Terhadap Pengurusan Hutan Secara Berkekalan di Semenanjung Malaysia’ turut dibincangkan pada mesyuarat itu.

Menurut kenyataan itu lagi MTN bersetuju dengan kertas cadangan itu yang menyatakan supaya kerajaan-kerajaan negeri mengambil inisiatif untuk mengawal atau seboleh-bolehnya mengelak sebarang kelulusan aktiviti perlombongan dan pengkuarian dalam kawasan Hutan Simpanan Kekal.

Satu lagi kertas pertimbangan yang dibincangkan ialah ‘Kertas Cadangan Berkenaan Impak Aktiviti Pembangunan Tanah Terhadap Pengurusan Hutan Secara Berkekalan Bagi Kawasan Hutan Paya Laut di Semenanjung Malaysia’.

Melalui perbincangan itu, MTN bersetuju supaya kawasan Hutan Paya Laut dalam Hutan Simpanan Kekal sedia ada dikekalkan dan keluasan kawasan Hutan Simpanan Kekal ditingkatkan melalui pewartaan kawasan Hutan Paya Laut dalam Tanah Kerajaan.

Sementara itu, tiga kertas makluman yang dibentangkan ialah mengenai penglibatan kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri dalam mekanisme REDD+ (Reducing Emissions from Deforestation and Forest Degradation in Developing Countries) bagi mengurangkan kesan perubahan iklim.

Mesyarat turut mengambil maklum mengenai keputusan Penilaian penarafan Bintang (SSR) Pentadbiran Tanah Tahun 2013 dengan Pejabat Tanah Kulim, Kedah telah mendapat lima bintang.

Kertas makluman ketiga pula adalah mengenai ‘Kemajuan Penyelesaian Tunggakan Urusan Tanah dan Prestasi Pendaftaran Pindah Milik Tanah Dalam Satu Hari di Pentadbiran Tanah Negeri’ sehingga bulan Ogos 2014. – BERNAMA

Tags: Tanah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

300 Nelayan Di Pulau Pinang Bakal Disenarai Hitam

Next Post

Isteri Eizlan Yusuf Fail Pengesahan Lafaz Cerai

Related Posts

Buka Tanah Tanpa Kelulusan EIA, Pengurus Dipenjara Sehari, Denda RM450,000

Buka Tanah Tanpa Kelulusan EIA, Pengurus Dipenjara Sehari, Denda RM450,000

21/05/2025
0

Johor Bahru: Seorang pengurus projek dijatuhkan hukuman penjara sehari kerana membangunkan estet perindustrian melebihi 20 hektar di sini, tanpa mendapat...

[SIDANG DUN] Tiada Tanah Milik Ladang Rakyat Dilelong – Mohd. Amar

[SIDANG DUN] Tiada Tanah Milik Ladang Rakyat Dilelong – Mohd. Amar

27/11/2022
0

KOTA BHARU : Kerajaan negeri menegaskan setakat ini tiada lagi tanah milik Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat telah dilelong. Ikuti Mynewshub: Telegram...

Next Post

Isteri Eizlan Yusuf Fail Pengesahan Lafaz Cerai

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd